'Mereka fikir Menteri KDN akan buat seperti mereka buat. Silap besar lah!'

‘Mereka fikir Menteri KDN akan buat seperti mereka buat. Silap besar lah!’

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada sebarang campur tangan politik akan berlaku dalam urusan permohonan pindaan perlembagaan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, bagaimanapun, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung permohonan Bersatu itu.

“Saya belum dapat apa-apa lagi (maklumat berhubung permohonan Bersatu), mungkin mereka sudah hantar kepada RoS tapi saya belum dimaklumkan apa-apa lagi.

“Mereka (pembangkang) pernah campur tangan RoS, jadi mereka fikir Menteri KDN ini akan buat seperti mereka buat. Silap besar lah,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Minggu lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa RoS segera meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi membolehkan ia dikuatkuasakan serta-merta.

Beliau turut berharap supaya tiada sebarang campur tangan politik yang boleh mempengaruhi proses berkenaan menjadi perlahan.

Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan daripada bahagian serta sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi, dan Srikandi Muda yang hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×