Hidangan kari dal ditabur serbuk emas 24 karat, tular

Hidangan kari dal ditabur serbuk emas 24 karat, tular

HIDANGAN dikenali sebagai `Dal Kashkan' merupakan antara makanan eksklusif di restoran itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah restoran milik cef selebriti terkenal India, Ranveer Brar menjadi popular di media sosial selepas menawarkan hidangan kari dal yang ditaburkan dengan serbuk emas 24 karat.

Lapor NDTV, restoran Kashkan yang terletak di Dubai Festive City Mall menyediakan hidangan unik itu.

Rakaman video menunjukkan kari dal yang dihidangkan dalam mangkuk dengan ditaburkan serbuk emas 24 karat, menjadi tular di media sosial.

Hidangan dikenali sebagai `Dal Kashkan’ merupakan antara makanan eksklusif di restoran itu dan berharga 58 dirham (RM74.70).

Video hidangan `Dal Kashkan’ dikongsi oleh blogger Mehul Hingu di laman Instagram.

Dalam klip video itu, pelayan restoran itu menunjukkan proses menyediakan hidangan unik itu termasuk serbuk emas diletakkan di dalam mangkuk.

Pelayan itu kemudian dengan berhati-hati menaburkan serbuk emas di kari dal yang dimasak menggunakan rempah premium dan minyak sapi.

Individu itu juga menerangkan mengenai keistimewaan hidangan tersebut kepada pelanggan restoran.

“Serbuk emas 24 karat ditaburkan pada hidangan kari dal yang ditawarkan di restoran Kashkan milik Ranveer Brar,” jelas kapsyen klip video itu. 

Sejak dikongsi, video hidangan kari dal itu mendapat sebanyak 8.4 juta tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×