HSNZ tingkatkan kempen derma darah - Utusan Malaysia

HSNZ tingkatkan kempen derma darah

SEBAHAGIAN anggota APM Terengganu yang menderma darah pada program Jom Derma darah sempena Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Ke-72 di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu meningkatkan kempen derma darah bagi memastikan bekalan darah di Terengganu sentiasa mencukupi sepanjang Ramadan tidak lama lagi.

Pakar Perubatan Transfusi HSNZ, Dr. Roslina Remli berkata, ia juga bertujuan menampung bekalan darah yang sedikit berkurangan ketika ini.

Beliau berkata, kebiasaannya, secara purata sebanyak 1,000 hingga 1,500 beg darah boleh dikutip setiap bulan namun pada Februari lalu (hingga semalam) hanya sekitar 800 beg darah sahaja berjaya dikumpulkan.

“Oleh kerana itu, kami perlu memperbanyakkan inisiatif untuk meningkatkan bilangan penderma darah untuk memastikan bekalan darah dapat menampung keperluan di hospital seluruh Terengganu.

“Antara yang dirancang ialah mengadakan program derma darah selepas solat terawih di 30 buah masjid terpilih seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jom Derma darah sempena Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Ke-72 di sini, hari ini.

Program itu turut mendapat kerjasama Kelab Wartawan Media Terengganu yang menyumbangkan hamper kepada penderma darah yang bertuah dalam program tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lebih 200 pegawai dan anggota APM seluruh negeri hadir menderma darah bersama kakitangan hotel serta komuniti setempat.

“Kita harap dapat mengumpul lebih banyak darah bagi persediaan kes kecemasan sepanjang Ramadan dan Syawal terutama kes luar jangka seperti kemalangan jalan raya dan pendarahan selepas bersalin,” katanya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN