Anwar bertemu PM Thailand bincang pembangunan bersama  

Anwar bertemu PM Thailand bincang kawasan pembangunan bersama  

Anwar Ibrahim bertemu dengan Srettha Thavisin dalam sela lawatan rasmi pertamanya ke Australia, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam sela lawatan rasmi pertamanya ke Australia. 

Perdana Menteri berkata, pertemuan yang diadakan secara santai itu terarah kepada perkembangan berhubung Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA). 

“Pertemuan santai itu memberi peluang kepada kami untuk bertukar pandangan mengenai kemajuan inisiatif yang dipersetujui bersama yang secara langsung akan menambah nilai kepada usaha merapatkan hubungan dua hala.

“Selain itu, Malaysia mengulangi komitmen sebagai fasilitator dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan Thailand,” katanya dalam, kenyataan hari ini. 

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) pada semalam (4 Mac) dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia bermula hari ini hingga esok.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Malaysia dan Australia akan mempertimbang langkah-langkah untuk meningkatkan spektrum kerjasama yang luas, disokong rangka kerja Perkongsian Strategik Komprehensif termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, ekonomi digutal dan keselamatan siber.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia.

Asean dan Australia akan mengkaji semula situasi kerjasama semasa dan membincangkan penambahbaikan kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk peralihan tenaga, pembangunan modal insan, integrasi ekonomi, kesalinghubungan dan kerjasama maritim. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×