LRA Bukit Chupak rawat air sungai untuk kegunaan rakyat - Utusan Malaysia

LRA Bukit Chupak rawat air sungai untuk kegunaan rakyat

MOHD. Nassuruddin Daud (kanan) ketika mengendalikan jentera pengorek untuk majlis pecah tanah Projek Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak di Gua Musang, Kelantan hari ini. FOTO: AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Projek Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak bernilai RM47.9 juta menjadi loji rawatan air pertama di Kelantan yang menggunakan teknologi ‘Raw Water Intake Station’ daripada sumber air sungai untuk 35,000 penduduk di daerah ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Zulkiflee Omar, projek yang bermula pada 29 November 2022 itu dijangka siap pada penghujung Mac 2025.

“Teknologi utama projek LRA Bukit Chupak ialah ‘Raw Water Intake Station’ dengan kapasiti 11 juta liter sehari yang dibina di Sungai Ketil.

“Komponen ini mampu mengawal paras air sungai sehingga 0.75 meter ketika musim kemarau untuk memastikan paras air yang optimum dapat disalurkan ke loji rawatan air terbabit.

“LRA Bukit Chupak turut dilengkapi sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA) dan sistem telemetri yang canggih bagi memudahkan proses pengawalan sistem sekaligus meningkatkan kecekapan operasi LRA,” katanya semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Loji Rawatan Air Bukit Chupak, di sini yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Zulkiflee memberitahu, pihaknya juga dalam perancangan membina beberapa LRA yang membabitkan kos anggaran RM700 juta.

Katanya, pada masa sama beberapa projek perancangan iaitu projek LRA Tok Bali, Merbau Condong dan Tanjung Mas yang melibatkan anggaran kos RM700 juta akan dilaksanakan.

Sementara itu, Jaseni berkata, projek yang dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kapasiti pembekalan air di negeri Kelantan.

Katanya, ketika ini pembekalan air bagi negeri Kelantan hanya 70 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×