KUALA KANGSAR: Seorang bapa dan anak lelakinya masing-masing ditahan reman selama tujuh dan dua hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Kampung Cheh dekat sini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin terhadap lelaki berusia 44 tahun dan anaknya berusia 15 tahun di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar di sini hari ini.
Majistret Norizan membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua individu berkenaan bermula hari ini.
Berita berkaitan:
Tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian petang semalam, Balai Polis Kati menerima satu laporan berkaitan kejadian seorang perempuan berumur 49 tahun yang dijumpai mati di dalam sebuah rumah di kampung tersebut.
Siasatan pihak polis mendapati ahli keluarga telah menyedari si mati berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di ruang tamu rumah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun semalam berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek. – UTUSAN











