CHAGEE bawa cita rasa matcha dalam kolaborasi The Little Prince

CHAGEE bawa cita rasa matcha dalam kolaborasi The Little Prince

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penghasilan secawan matcha bukan sekadar mencampurkan serbuk teh dengan susu atau air, sebaliknya melalui proses tertentu bagi memastikan rasa dan ciri semula jadi daun teh dapat dikekalkan.

Perkara itu menjadi antara tumpuan jenama teh antarabangsa CHAGEE menerusi pengenalan siri minuman matcha sempena kolaborasi bersama karya klasik The Little Prince.

Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Perhubungan Awam CHAGEE Malaysia, Adli Amirullah berkata, pendekatan menghasilkan matcha itu mempunyai persamaan dengan mesej yang dibawa menerusi karya berkenaan.

“Kadangkala apa yang kita lihat pada permukaan tidak memberikan gambaran sepenuhnya berbanding sebab atau cerita yang ada di sebaliknya,” katanya dalam majlis Pelancaran Kolaborasi CHAGEE bersama The Little Prince di Pavilion Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, penghasilan matcha CHAGEE melibatkan gabungan tiga jenis daun teh sebelum melalui proses kisaran ultra halus bagi mengekalkan ciri semula jadinya.

“Pada pandangan pertama, matcha kelihatan seperti teh hijau biasa, tetapi sebenarnya terdapat proses bermakna di sebaliknya.

“Di CHAGEE, kami menggabungkan tiga jenis daun teh dan mengisarnya menggunakan proses kisaran ultra halus supaya ciri semula jadi daun teh dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata, proses berkenaan dapat dirasai pelanggan menerusi siri minuman matcha yang diperkenalkan sempena kolaborasi itu.

Daun teh yang digunakan turut melalui proses penanaman di bawah teduhan lebih 20 hari sebelum dituai bagi membantu menumpukan warna hijau serta menghasilkan rasa yang lebih penuh.

Daun berkenaan kemudiannya dikisar sehingga 1,000 mesh bagi menghasilkan tekstur lebih halus tanpa rasa berpasir ketika diminum.

Pendekatan itu diterapkan dalam beberapa pilihan minuman yang diperkenalkan termasuk Jasmine Matcha Pure Tea, Lime Cheese Matcha Latte dan Lime Cheese Matcha Latte dengan Cap.

Harga minuman berkenaan masing-masing bermula serendah RM11.90 hingga RM16.90 dan boleh didapati di cawangan CHAGEE yang dijamin halal di seluruh negara.

CHAGEE turut menyediakan barangan edisi terhad bertemakan kolaborasi berkenaan termasuk beg, pelindung mata tidur, tanda bagasi dan botol minuman untuk pengunjung.

Kolaborasi itu turut diterjemahkan menerusi beberapa binaan bertema yang diinspirasikan daripada kisah The Little Prince.

Antaranya telaga, pemandangan matahari terbenam di Asteroid B 612, bunga mawar dan kapal terbang yang mempunyai kaitan dengan perjalanan watak dalam karya tersebut.

Setiap binaan berkenaan membawa maksud tersendiri dan menjadi sebahagian daripada pengalaman pengunjung yang hadir ke acara berkenaan.

Pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif, sesi merasa teh serta mengumpul cop untuk mendapatkan ganjaran.

Pengalaman Journey of the Heart berlangsung di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur dari 21 hingga 27 September ini, bermula pukul 10 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×