Air keruh seperti ‘milo’, kontraktor cuai boleh dikenakan tindakan

Air keruh seperti ‘milo’, kontraktor cuai boleh dikenakan tindakan

LOJI Rawatan Air Limbahau yang terpaksa diberhentikan sementara waktu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor sekiranya terdapat kecuaian dalam kerja penyambungan paip hingga menyebabkan air disalurkan kepada pengguna keruh seperti warna  ‘milo’.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, masalah air keruh yang berlaku di kawasan Menggatal sebelum ini disebabkan kerja-kerja penyambungan paip transmisi di persimpangan Menggatal pada Jumaat lalu.

“Kerja-kerja penyambungan paip itu mengakibatkan bekalan air menjadi keruh dan berbau di sekitar Rampayan dan Inanam Laut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, tindakan kadar segera telah dilakukan oleh pihak JANS dengan membuat pembuangan air (flushing) pada transmisi utama sepanjang kawasan yang terjejas. 

“Pihak JANS sedang menyiasat perkara ini, sekiranya ada terdapat kecuaian dipihak kontraktok, maka tindakan undang-undang akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai masalah air di daerah Papar pula, Shahelmey berkata, pada masa ini operasi Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau terpaksa dihentikan buat seketika disebabkan krisis air masin yang masuk ke permukaan intake loji.

Tindakan itu menyebabkan keadaan air mentah tidak dapat diproses untuk disalurkan kepada pengguna.

“Bagi kawasan terjejas disebabkan krisis air masin di Sungai Papar tersebut, pihak Jabatan Air Daerah Papar dalam usaha berterusan membuat penghantaran air ke kawasan yang terjejas.

“Di samping itu, air dari LRA Kogopon juga turut disalurkan ke kawasan terjejas namun terdapat beberapa kawasan yang mengalami tekanan air rendah menjadikannya agak sukar untuk disalurkan,” katanya.

Menteri Kerja Raya itu berkata, isu air keruh di Melinsung Apartmen pula adalah disebabkan tangka milik apartmen yang tidak pernah  dibersihkan.

“Air menjadi keruh akibat gangguan mendapan apabila masuk ke rumah penghuni semasa air dipam masuk ke dalam tangki.

“JANS masih menanti laporan pembersihan tangki daripada pihak pengurusan Melinsung Apartmen. Kompaun akan dikeluarkan sekiranya didapati masih belum ada kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak pengurusan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini