Pesta Layang-Layang Sedunia bermula - Utusan Malaysia

Pesta Layang-Layang Sedunia bermula

A. RAHIM Nin (lima dari kanan) bergambar bersama-sama ahli jawatankuasa dengan pelajar sekolah sempena FLLSPG 2024 yang berlangsung di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Permainan la­ yang-layang bukan asing bagi masyarakat pelbagai kaum kerana aktiviti tradisional itu sudah lama bertapak, termasuk di negeri ini.

Walaupun sejarah kemasukan permainan layang-layang di negara ini tidak dapat dipastikan kesahihan asal usulnya, namun aktiviti ini cepat berkembang dan dilakukan penduduk dunia lain.

Melihat perkembangan po­sitif itu, Majlis Pelayang Malaysia (MPM) mahu mengangkat permainan traditional berkenaan menjadi acara sukan yang mendapat penglibatan negara luar termasuk di Eropah dan Amerika Selatan.

Presidennya, Datuk A. Rahim Nin berkata, penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-26 yang bermula semalam hingga 3 Mac ini menjadi titik tolak bagi inisia­tif tersebut.

Beliau berkata, FLLSPG yang diadakan di Bukit Layang-La­yang, di sini bertemakan ‘Budaya Dinamik’ seiring dengan hasrat Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman yang mahu membangunkan bandar raya ini secara dinamik.

“Berasaskan tema ini, kita mahu membawa kelainan dan perubahan dalam permainan layang-layang menjadi satu acara sukan yang berprestij.

IMPIAN

“Bertitik-tolak dari penganjuran edisi ini, kita menanam impian pada suatu hari nanti layang-layang menjadi satu pertandingan yang diperakui di peringkat Sukan Malaysia (Sukma) atau lebih tinggi daripada itu,” katanya ketika ditemui di sini.

A. Rahim berkata, bagi mencapai hasrat itu, MPM membawa pelayang dari luar negara membabitkan peserta dari Argentina, Kanada, China, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Wales bertanding dalam kategori ‘sport kite’ yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu ‘stunt kite’ yang dikendalikan menggunakan dua tali dan satu lagi acara yang menggunakan empat tali.

“Bagi acara ini, ia memerlukan kemahiran yang tinggi. Selain memerlukan angin yang sederhana, peserta perlu menaik­kan layang-layang secara berpasukan dengan gaya akrobatik serta iringan lagu.

“Acara ini amat menarik untuk disaksikan kerana memerlukan keharmonian dalam pasukan untuk menaikkan la­yang-layang bersaiz gergasi ini,” katanya.

Sempena penganjuran FLLSPG 2024, MPM bekerjasama dengan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang membangunkan layang-layang kreatif melibatkan penuntut institut berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×