JOHOR BAHRU: Bukit Layang-Layang sekali lagi menjadi tumpuan ribuan pengunjung menyaksikan Festival Layang-Layang Sedunia ke 26 yang membuka tirainya hari ini.
Pesta yang dianjurkan sejak 1995 adalah acara tahunan dan kali ini bermula pada 24 Februari hingga 3 Mac 2024. Bertemakan ‘Budaya Dinamik, acara ini menghimpunkan lebih 300 peserta pelayang dari peringkat kebangsaan mahupun dunia mewakili 391 buah negara.
Antara negara luar yang mengambil bahagian ialah Argentina, England, Kanada, Jerman, Jepun, China, Ireland, New Zealand dan Thailand.
Penganjur festival tersebut Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor.
Sejak dianjurkan festival tersebut sentiasa mendapat tempat dihati pengunjung untuk melihat kreativiti layang-layang berwana-warni menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang.
Tinjauan mendapati orang ramai yang datang tidak melepaskan peluang untuk membeli layang-layang dan menaikkan layang-layang bersama ahli keluarga. – UTUSAN










