Imigresen laksana kajian sah laku pasport hingga 10 tahun

Imigresen laksana kajian sah laku pasport hingga 10 tahun

SAIFUDDIN Nasution Ismail merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini dalam fasa kajian bagi memperkenalkan tempoh sah laku Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian itu sedang dilaksanakan termasuk menyiapkan kertas dasar untuk dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata, kajian itu penting memandangkan beberapa negara ASEAN sudah mengamalkannya termasuk Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia turut diamalkan di Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kajian itu juga dibuat selepas mengambil kira maklum balas orang awam dan pemegang taruh.

“Saya percaya (kajian) dalam tempoh yang munasabah untuk hasil kajian diperoleh,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury Putrajaya, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, satu keputusan dasar akan dibuat mengenai pelanjutan tempoh sah laku pasport itu.

“Ia akan ada keputusan dasar tapi kita mulakan dulu aspek kajian sebelum kita memperoleh keputusan dasar,” katanya.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengesyorkan tempoh sah laku PMA ditambah daripada lima kepada 10 tahun dengan kadar bayaran sewajarnya.

Presidennya, Ajeet Singh Gurbax Singh dilaporkan berkata, lebih 100 negara di dunia sudah memperkenalkan pasport antarabangsa yang mana tempoh sah lakunya adalah 10 tahun.

Katanya, buku pasport dengan muka surat sedia ada boleh digunakan, tetapi hanya tambah tempoh sah laku saja. Perkara ini akan menjimatkan kos kerajaan disamping menambah hasil negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini