Tarik usul tamat kerjasama dengan Bersatu, Shahidan ‘disergah’ Zahid? - Utusan Malaysia

Tarik usul tamat kerjasama dengan Bersatu, Shahidan ‘disergah’ Zahid?

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim didakwa ‘disergah’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memohon untuk menarik usul tamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam pertemuan singkat di mahkamah semalam, difahamkan Ahmad Zahid menolak permohonan tersebut dengan nada tinggi sambil berkata: “Cubalah buat.”

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan terdapat pemimpin UMNO yang didakwa sedang membuat gerakan dalaman bagi mengubah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang menolak kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang ahli MKT yang tidak mahu mendedahkan namanya mendakwa, kumpulan itu sedang bergerak ke seluruh negara berjumpa dengan bahagian termasuk kepemimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Difahamkan, mereka terdiri dua atau tiga pemimpin terma­suk yang berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, ketika di­tanya mengenai perkara itu kepada Shahidan, beliau menolak dakwaan tersebut sambil menjelaskan, ia lebih kepada run­dingan untuk terus bekerjasama dengan PN.

“Itu bukan gerakan, tapi lebih kepada kerjasama dan berunding dengan PN. Jadi UMNO Perlis membuat keputusan untuk berunding terus dan tidak menolak PN,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shahidan turut berkata, perkara yang diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO perlu dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung Mac ini.

Jelasnya, ia bertujuan bagi mengambil kira pandangan perwakilan yang hadir untuk diputuskan secara adil dan majoriti.

“Sudah tentu dalam perhimpunan nanti akan ada orang yang setuju untuk tolak kerjasama dengan Bersatu, atau masih ingin bersama dengan Bersatu.

“Tapi kena ingat, kalau tolak Bersatu, ini akan memberi kesan kepada Sabah khususnya,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab adakah beliau sendiri antara individu yang akan mengemukakan usul meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU nanti.

Sebaliknya, Shahidan menekankan UMNO seharusnya menamatkan kerjasama dengan Pas juga jika ingin menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

“Kalau nak tolak Bersatu, kenapa tak tolak Pas sekali? Sebab Pas ada kerjasama de­ngan Bersatu. Sebab itu kita di UMNO Perlis akan tetap untuk menyokong Perikatan Nasio­nal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini