Tanah kubur hampir penuh 

Tanah kubur hampir penuh 

AHLI Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Sultan Abdulah di Teluk Intan, Perak menunjukkan keadaan tanah perkuburan itu yang semakin padat. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Ruang Tanah Perkuburan Islam di Jalan Sultan Abdulah di sini hampir habis digunakan dan mungkin hanya bertahan dua atau tiga tahun lagi.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan tanah perkuburan itu, Alenrus Ihsan berkata, sejak dibuka pada tahun 1984, kira-kira 6,000 jenazah sudah dikebumi di situ dan keadaannya sudah semakin padat.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap hari ada jenazah dikebumikan malah pernah dua hingga tiga jenazah dikebumikan dalam sehari.

“Jenazah mangsa Covid-19 yang dikebumikan di sini mencecah 50 jenazah dan sekarang pun masih lagi ada jenazah mangsa Covid-19 yang dikebumikan di sini.

“Antara jenazah yang dikebumikan di tanah perkuburan ini ialah jenazah pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Muhammad Firdaus Abdul Rahim.

“Ruang tanah kubur di sini semakin penuh dan mungkin hanya mampu bertahan sehingga dua atau tiga tahun lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Alenrus berkata, sehubungan itu pihaknya berharap ada pihak yang menyumbang tanah untuk diwakafkan sebagai tanah perkuburan baharu.

Katanya, ruang di tanah perkuburan itu semakin habis antaranya disebabkan jenazah dari luar daerah dikebumikan di situ.

“Kami mencadangkan ada rizab di kawasan Lembaga Air Perak (LAP) dekat sini sebagai tanah perkuburan bahari kerana kawasan itu belum diteroka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×