Perbankan Islam dijangka atasi pertumbuhan konvensional 

Perbankan Islam dijangka atasi pertumbuhan konvensional 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fitch Ratings mengunjurkan pertumbuhan perbankan Islam Malaysia akan terus berkembang mengatasi perbankan konvensional dalam jangka sederhana, selepas pembiayaan mencecah AS$190 bilion (RM905.4 bilion) pada 2023.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataannya, perkembangan tersebut mengukuhkan pasaran perbankan Islam negara sebagai yang ketiga terbesar di dunia.

Agensi penarafan itu berkata, bahagian pembiayaan syariah meningkat sehingga 42 peratus dalam pinjaman sistem perbankan domestik, daripada 41 peratus pada akhir 2022, ketika bank terus memperjuangkan strategi ‘Islamic First’.

“Prestasi kewangan sektor itu secara relatifnya stabil pada 2023, walaupun dalam persekitaran kadar yang lebih tinggi dan trend itu dijangka kekal dalam jangka terdekat dengan kadar dasar tempatan yang stabil dan ekonomi yang diramalkan akan berkembang lebih daripada 3.0 peratus dalam 2024.

“Malaysia akan melihat kemasukan bank digital Islam pertamanya pada separuh pertama 2024,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN