FamilyMart akan henti kerjasama dengan syarikat Israel

Pemegang saham FamilyMart henti kerjasama dengan syarikat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemegang saham terbesar FamilyMart Co. Ltd., Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.

FamilyMart Malaysia dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini yang mahu tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza dihentikan.

Menurut laporan, anak syarikat kepada Itochu Corporation telah menandatangani MoU de­ngan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems pada Mac 2023.

Mou itu bertujuan mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara itu.

“Kami dimaklumkan 5 Februari 2024 oleh FamilyMart Co. Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun.

“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini, yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” katanya.

Menurut laporan, anak syarikat kepada Itochu Corporation telah menandatangani (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems pada Mac 2023.

“Mou itu bertujuan mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara itu,” katanya.

Tambah syarikat itu, ia menyedari seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di negara ini.

“FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan dan tidak menyumbang, menderma atau berurusan dengan Israel,” jelasnya.

Syarikat itu turut menjelaskan bahawa operasi FamilyMart Malaysia dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat tempatan, Maxincome Resources Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat QL Resources Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×