Keputusan penstrukturan semula belum muktamad - LTAT

Keputusan penstrukturan semula belum muktamad – LTAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai penstrukturan semula Boustead Holdings Berhad dan perkara itu masih dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, kata Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menurut kenyataannya, LTAT melihat perkara ini sebagai keputusan struktur dan pelaburan yang akan melalui pelbagai proses dalaman dan luaran untuk memastikan ia dibuat demi kepentingan terbaik pencarum.

“Untuk tujuan ini, langkah tegas sedang dilaksanakan melalui penglibatan kolaboratif untuk mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian optimum.

“Penstrukturan semula Boustead Holdings merupakan komponen Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (MAMPAN25) yang lebih besar, bersama-sama dengan pelbagai inisiatif bebas lain yang masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

LTAT berkata demikian membalas aritkel The Edge Malaysia yang mengatakan bekas Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman mengundur diri setelah penstrukturan semula ditangguhkan pada 2 Februari lalu.

“Mengenai perkara yang berkaitan dengan penstrukturan semula Boustead Holdings, kami ingin menyatakan bahawa artikel tersebut mungkin menimbulkan gambaran yang tidak tepat, kerana pada ketika ini tiada keputusan muktamad telah dibuat dan perkara itu masih dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, LTAT akan terus meningkatkan kesihatan portfolio pelaburannya dan dalam mencapai matlamat itu, ia akan secara konsisten mengambil kira manfaat dan impak yang lebih luas yang berkaitan dengannya.

LTAT telah mencapai kemajuan yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang dilihat dalam prestasi kewangan tahunannya yang bertambah baik dan pemulihan pengisytiharan dividen ke tahap yang mampan, yang memberi manfaat secara langsung kepada pencarumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×