Bank Muamalat perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat

Kempen #GengSubuhMacamJumaat diperluas Bank Muamalat

IDEA #GengSubuhMacamJumaat cetusan Alif Satar kini menjadi fenemona baik dalam menggalakkan orang ramai melakukan ibadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen #GengSubuhMacamJumaat cetusan selebriti serba boleh, Alif Satar bakal diperluaskan di seluruh negara oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya ingin terus memperluaskan program tersebut kerana dilihat dapat memberi banyak manfaat kepada semua pihak.

“Dengan komitmen untuk mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’, Bank Muamalat bercadang memperluaskan program #GengSubuhMacamJumaat ke negeri-negeri lain,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Alif yang juga pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz itu berjaya mewujudkan ‘gelombang’ dan fenomena luar biasa apabila jemaah pelbagai lapisan umur memenuhi ruang solat pada waktu Subuh seperti mana semasa Solat Jumaat.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menyarankan ahli jawatankuasa masjid untuk mempelbagaikan lebih banyak aktiviti bagi mengimarahkan masjid supaya gelombang ‘Solat Subuh Macam Jumaat’ tidak terhenti.

Mengulas lanjut, Khairul berkata, program tersebut kini diteruskan Bank Muamalat di empat negeri sejak Sabtu lalu iaitu di Selangor, Kelantan, Melaka dan Pahang.

Katanya, program itu diterima baik oleh semua pihak dan perlu diperluaskan supaya ia dapat menjadi satu ‘kilang pahala’ terutama menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Sebagai sebuah institusi perbankan Islam penuh, Bank Muamalat komited untuk menjadi bank pertama yang menyambut usaha murni melalui program tanggungjawab sosial korporat yang giat kami jalankan di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×