80% jenayah seksual kanak-kanak libat individu dikenali

80% jenayah seksual kanak-kanak libat individu dikenali

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih daripada 80 peratus jenayah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan individu yang dikenali oleh mangsa sekali gus menjadi salah satu cabaran besar dihadapi oleh kerajaan pada hari ini iaitu masalah kekurangan pelaporan kes.

Dalam kenyataan bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, justeru itu

Kerajaan Perpaduan sedang giat meningkatkan kese­daran dalam kalangan pelajar dan pendidik mengenai peruntukan undang-undang berkaitan ekoran pelancaran Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual, baru-baru ini.

“Selain itu, mewujudkan mekanisme pelaporan yang berkesan dan mesra kanak-kanak dalam institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan. Bagi memudahkan pelaksanaan usaha ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri akan memeterai satu Nota Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

“Kempen kesedaran yang bersifat menyeluruh yang melibatkan semua sektor dan agensi yang berkaitan dalam usaha membanteras jenayah ini akan dilancarkan dalam masa terdekat ini dan akan disebarluaskan di seluruh negara dengan matlamat untuk menekankan tanggungjawab setiap individu untuk melaporkan kejadian penderaan seksual kanak-kanak,” kata kenyataan itu semalam.

Terdahulu, Fadhlina dan Azalina menghadiri mesyuarat bagi mengatur strategi ke arah menangani isu mendesak berhubung dengan kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak bagi membanteras perbuatan itu.

Statistik terkini dari 2017 hingga 2023 melaporkan trend peningkatan membimbangkan dengan jumlah mangsa kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan adalah 6,990 mangsa dengan 1,570 kes pada 2023 sahaja.

AZALINA OTHMAN SAID

Peratusan besar mangsa berada dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun, dengan 110 kes yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun pada 2023.

Selain itu, menurut kenya­taan sama, Seksyen 19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak jelas memperuntukkan bahawa ke­ga­galan melaporkan jenayah itu merupakan satu jenayah dan jelas menggambarkan betapa pentingnya bagi rakyat Malaysia menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menangani isu berke­naan.

Oleh itu, kempen ini antara lain akan melibatkan pendekatan Training of Trainers, di mana guru dan pemimpin masyarakat akan dididik untuk mengesan dan melaporkan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku dalam persekitaran sekolah secara berkesan.

“Kerajaan Perpaduan komi­ted untuk berganding bahu bersama rakyat Malaysia untuk mengatasi cabaran kekurangan pelaporan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak bagi te­rus memupuk persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita.

“Justeru, seluruh anggota masyarakat memainkan peranan yang penting untuk melindungi anak-anak kita daripada ancaman jenayah seksual yang semakin menjadi-menjadi,” kata kenyataan itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×