Pusat perlu bantu selesaikan isu Bukit Malut - Utusan Malaysia

Pusat perlu bantu selesaikan isu Bukit Malut

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masalah penempatan warga asing di Bukit Malut, Pulau Langkawi hanya boleh diselesaikan dengan bantuan kerajaan Persekutuan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, isu tersebut sudah lama sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981 lagi.

“Penyelesaian isu ini perlu tindakan proaktif Persekutuan selain sebahagian besar masalah tersebut melibatkan agensi-agensi kerajaan Persekutuan,” kata beliau dalam blog chedet.cc. semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut ahli Parlimen Langkawi itu, pembangunan penempatan untuk menampung jumlah penduduk yang akan dipindahkan juga akan melibatkan peruntukan besar.

“Kerajaan negeri tidak ada peruntukan sebesar itu tetapi perlu memainkan peranan untuk selesaikan perkara-perkara berkaitan yang melibatkan kuasa negari,” jelasnya.

Katanya, beliau sentiasa mengikuti perkembangan di Bukit Malut dengan teliti.
Utusan Malaysia melaporkan lebih 10,000 dengan 2,500 rumah didirikan secara haram oleh warganegara Myan­mar yang mendiami kawasan Bukit Malut berterusan menceroboh sehingga mencemar imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Malah, sehingga kini, belum ada tindakan diambil terhadap penempatan haram warga Myan­mar yang semakin membarah.

Lebih teruk, kawasan Bukit Malut didapati kotor, berbau busuk, menakutkan dan dipandang serong seperti berada di negara asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×