Dua rumah di lereng bukit diancam hakisan

Dua rumah di lereng bukit diancam hakisan

HAWA Daud (kiri) melihat hakisan tanah yang di belakang rumahnya di Kampung Felda Belara, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Enam penghuni daripada dua buah keluarga di Kampung Felda Belara di sini, hidup dalam ketakutan selepas berlaku hakisan tanah di lereng bukit berdekatan rumah mereka sejak Sabtu lalu.

Penduduk mendakwa kawasan lereng bukit setinggi lebih 20 meter itu mengalami hakisan setelah hujan lebat pada hari kejadian.

Salah seorang mangsa, Hawa Daud, 75, berkata, kejadian itu disedari dia dan suami, Abdul Rahman Daud, 82, ketika hujan lebat kira-kira pukul 7 pagi.

Menurutnya, beberapa batang pokok kelapa dan pokok hiasannya didapati mula beralih kedudukan apabila berlaku pergerakan tanah sehingga menghampiri tebing tersebut.

“KIra-kira pukul 3 petang, tanah tersebut  runtuh akibat hakisan tersebut sehingga menjejaskan sebahagian kawasan rumah jiran kami yang dihuni empat beranak.

“Ini adalah kejadian pertama kali sejak menetap di sini 12 tahun lalu dan sudah dua malam saya dan suami tinggal sementara di rumah anak setelah menerima nasihat pihak berkuasa.

“Kami cuma bimbang jika berlaku hakisan atau tanah runtuh lebih teruk apatah lagi tangga dapur dengan runtuhan tanah hanya berjarak kurang satu meter,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi mangsa, Suhaimi Ismail, 42, berkata, dia dan isteri, Wan Nur Huda Wan Hassan, 42, serta dua orang anak kini dalam keadaan berjaga-jaga terutama dalam cuaca buruk.

Menurutnya, hujan lebat berterusan boleh menyebabkan struktur tanah di tebing bukit itu menjadi lembap sekaligus berisiko kejadian tanah runtuh tersebut lebih serius.

Jelas Suhaimi, lokasi runtuhan itu kini hanya ditutup dengan kain kanvas meskipun wujud tanda-tanda mendapan tanah yang lebih luas terutama di kawasan rumah jirannya itu.

“Tidur saya tidak lena sejak kejadian Sabtu lalu kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini dan sementara waktu kami memang kena berwaspada,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×