VFive Group peruntuk RM30 juta untuk CSR

VFive Group peruntuk RM30 juta untuk CSR

MOHD. Syafiq Abdullah (dua dari kanan) pada Majlis Apresiasi Mahabbah Insani VFive Group di The Everly Putrajaya di sini baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat milik penuh bumiputera, VFive Group melancarkan 10 petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun hadapan termasuk meningkatkan peruntukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebanyak RM30 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd. Syafiq  Abdullah berkata, perkara tersebut bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh negara.

Katanya, meskipun syarikat tersebut adalah entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, VFive sentiasa meletakkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

“Kami meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa sesungguhnya janji Allah itu pasti, sekiranya lebih  banyak kita memberi, maka lebih banyak rezeki yang akan dikurniakan oleh-Nya.

“Sebab itulah, syarikat letakkan fokus sumbangan ini sebagai salah satu daripada 10 KPI yang kita ingin capai pada  2024.

“Melalui saluran kebajikan yang kita telah tubuhkan iaitu Yayasan VFive, kita telah berjaya  menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta pada  2023. Pada tahun hadapan, kita  sasarkan untuk tingkatkan lagi sumbangan kita kepada RM30 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Mahabbah Insani VFive Group di The Everly Putrajaya di sini baru-baru ini.

Tambah Mohd. Syafiq, inisiatif-inisiatif yang akan diperluaskan lagi menerusi Yayasan VFive termasuklah Program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan dan pelbagai  lagi program pembangunan modal insan komuniti untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Mengenai majlis apresiasi itu, beliau berkata, majlis itu dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada semua pihak terutamanya pemegang taruh yang telah bertungkus lumus memastikan segala sasaran yang ditetapkan syarikat pada 2023 dapat dicapai.

“Kami berterima kasih dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah mencurahkan jasa, baik secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang 11 tahun

perjalanan kami di dalam industri.

“Semua pihak diharapkan dapat terus mendoakan kejayaan kami agar lebih banyak lagi manfaat dapat kami kongsikan bersama-sama kepada masyarakat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×