2024 masa untuk Kerajaan Perpaduan laksana reformasi - Pakar

2024 masa untuk Kerajaan Perpaduan laksana reformasi – Pakar

LEE Heng GUIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkepentingan akan menjadikan 2024 sebagai tahun untuk memantau dengan teliti pelaksanaan reformasi yang dijanjikan Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejajar dengan usia setahun kerajaan tersebut.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERC), Lee Heng Guie berkata, 2023 adalah tahun peralihan bagi Kerajaan Perpaduan, di mana ia menetapkan hala tujunya melalui pelbagai rangka kerja dan dasar.

Katanya, ini termasuk rangka kerja Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“Jadi, saya rasa semua orang akan bersabar untuk tiga hari bagi menyambut sambutan setahun (Kerajaan Perpaduan). Jadi tahun depan, tiada lagi bulan madu. Tahun depan adalah tahun untuk kita memantau dan menjejaki penyampaian pembaharuan dan penetapan dasar yang dijanjikan mereka.

“Dari segi pelabur, perniagaan dan pengguna tidak menjangkakan kerajaan melaksanakan 100 peratus pembaharuan yang dijanjikan, tetapi kerajaan mesti berusaha ke arah Malaysia yang berdaya tahan sebelum pilihan raya umum akan datang pada 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian  pada CEO Series 2023 (Forum Ekonomi dan Perniagaan) anjuran Institut REHDA, di sini hari ini.

Heng Guie berkata, satu daripada pembaharuan ini datang dalam bentuk hasrat kerajaan untuk mengkaji semula kawalan harga dan subsidi pada 2024, yang dijangka akan menjejaskan inflasi dan keadaan permintaan.

Sementara itu, beliau mengunjurkan 2024 akan menjadi tahun pelarasan yang menyakitkan untuk semua pihak dan ia akan datang dalam bentuk beransur-ansur berikutan faktor luaran masih kelihatan sangat tidak menentu.

“Ia akan beransur-ansur dan berurutan supaya kerajaan dapat menguruskan impak kepada perniagaan dan pengguna,” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada 2024, iaitu sejajar dengan jangkaan kerajaan iaitu antara empat hingga lima peratus.

“Semua sektor akan terus berkembang tahun depan dengan pendorong utama perkhidmatan, diikuti dengan pemulihan daripada sektor pembuatan,” jelasnya.

Tambahnya, risiko berterusan kemelesetan Amerika Syarikat (AS) menyumbang kepada faktor luaran yang tidak menentu untuk Malaysia yang disifatkannya mempunyai ‘kebarangkalian sederhana’.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, ekonomi global terus mengejutkan pelabur pada 2023 dengan pertumbuhan berterusan dan AS khususnya, dengan ia menentang kebimbangan kemelesetan yang dijangka pada 2023.

“Saya rasa tahun depan akan menjadi tahun perhitungan, kerana pelabur, kerajaan, pasaran akan mula mencerna implikasi daripada tempoh dasar tahun semasa dalam pasaran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×