'Mini zoo' di pusat tuisyen

‘Mini zoo’ di pusat tuisyen

MOHD. Badrul Azhar Zulkapli (kiri) bersama para pelajar di Pusat Tuisyen Impian Bonda ketika menganjurkan program 'mini zoo' di pusat tuisyen itu di Taman Seri Telawi, Panchor, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar khususnya mata pelajaran sains dan geografi, seorang pengusaha sebuah pusat tuisyen di bandar ini mengadakan ‘mini zoo’ iaitu dengan membawa kira-kira 16 jenis haiwan jinak serta eksotik ke pusat tuisyen berkenaan.

Pengusaha Pusat Tuisyen Impian Bonda, Mohd. Badrul Azhar Zulkapli berkata, penganjuran program itu julung kali diadakan di sesebuah pusat tuisyen.

Katanya, untuk menambahkan lagi elemen seakan-akan berada di zoo, tema flora dan fauna serta dekorasi tumbuh-tumbuhan serba kehijauan turut diketengahkan bagi membangkitkan suasana.

“Mereka boleh melihat secara lebih dekat dengan memegang, menyentuh haiwan kesukaan di samping mengenali haiwan eksotik yang jarang ditemukan dengan lebih dekat lagi.

“Ia juga berkaitan dengan subjek yang dipelajari pelajar seperti dalam mata pelajaran sains bagi tahun satu sehingga enam serta mata pelajaran geografi bagi sekolah menengah atas, yang berkaitan dengan hidupan dan tumbuh-tumbuhan,” katanya ketika ditemui di pusat tuisyen berkenaan yang terletak di Taman Seri Telawi, Panchor, di sini.

Menurutnya yang sudah 15 tahun berpengalaman sebagai seorang pendidik berkata, kepuasan yang dialami apabila menganjurkan program seperti ini adalah apabila melihat pelajar berasa seronok.

Sementara itu, seorang penjaga, Noor Ameiza Mohd. Yusof 36, dari Sikamat berkata, pendekatan yang diambil pusat tuisyen itu sangat bagus dan memberi faedah untuk anak-anak.

“Jarang ada pusat tuisyen buat mini zoo, kebetulan anak bongsu saya sukakan haiwan, jadi tidak salah kita bawa mereka untuk mengenal haiwan-haiwan yang ada di sini secara fizikal.

“Sudah pasti apabila dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan ia memberi pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×