Peguam Negara disyor mohon semak hukuman Sirul Azhar

Peguam Negara disyor mohon semak hukuman Sirul Azhar

SIRUL AZHAR UMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara disyor segera membuat permohonan semakan hukuman mati ke atas Sirul Azhar Umar untuk memudahkan proses ekstradisi atau membawa pulang bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dari Australia.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berpandangan, langkah itu penting bagi membolehkan Sirul Azhar dibawa pulang seberapa segera ke tanah air kerana Malaysia kini berdepan kesukaran proses ekstradisi kerana negara berkenaan tidak mengiktiraf hukuman mati.

Menurut beliau, walaupun permohonan semakan hukuman dibuat atas kapasiti peribadi, Peguam Negara boleh berbuat demikian agar Sirul Azhar dapat dibawa pulang.

“Australia diketahui masya­rakat antarabangsa adalah se­buah negara tidak mengiktiraf hukuman mati sekali gus menyebabkan usaha pihak berkuasa Malaysia berhubung permohonan ekstradisi Sirul Azhar tidak memperoleh kejayaan sehingga ke hari ini.

“Tiada pun mana-mana kompromi kehakiman dan perundangan yang memihak secara berlebihan kepada Sirul Azhar, namun memandangkan semua pesalah hukuman mati lain di Malaysia sudah pun dibenarkan membuat semakan pengurangan hukuman mandatori mati kepada hukuman alternatif pemenjaraan sepanjang hayat. Perkara sama perlu dilalui Sirul Azhar.

“Australia pun menghadapi kesukaran memandangkan keberadaan Sirul Azhar pada masa ini berada di luar pusat tahanan dan duduk dengan masyarakat biasa. walaupun dia pesalah bunuh di Malaysia selepas dilepaskan tahanan oleh Mahkamah Tinggi negara itu pada 12 November lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Sirul Azhar yang berdepan hukuman mati kera­na membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dilaporkan merayu untuk meneruskan hidup di Australia.
Dia juga menyatakan adalah bahaya jika kembali ke Malaysia.

Menurut Haniff Khatri, peluang Sirul Azhar untuk membuat permohonan semakan hukuman mati di atas kapasiti peri­badi kepada hukuman alternatif iaitu pemenjaraan sepanjang hayat menurut peruntukan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 adalah amat tipis dan mustahil berlaku.

Sebaliknya katanya, Peguam Negara boleh membuat permohonan semakan hukuman mati dengan mengambil kira fakta kes pesalah di mana dia merupakan ‘pelarian kehakiman’.

“Yakinilah konsep keadilan di negara kita sememangnya mempunyai jalan terbaik mencapai keadilan terbaik, sekiranya syor dan cadangan di atas diikuti dan dilaksanakan oleh Peguam Negara kita pada kadar sesegera mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×