Kronologi kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Kronologi kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

22 Julai 2021

Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersubahat untuk melakukan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

5 Ogos 2021

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

23 Ogos 2021

Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

24 Mac 2022

Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik Armada.

21 Jun 2022

Ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid (kini Hakim Mahkamah Tinggi).

7 Julai 2022

Pihak pembelaan memohon mencabar kredibiliti saksi pendakwaan ke-13 (SP13), bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rafiq Hakim Razali, berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.

18 Julai 2022

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Syed Saddiq untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim.

21 Julai 2022

Mahkamah mengingatkan orang awam supaya tidak melampaui batas dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes itu.

22 Julai 2022

Syed Saddiq sekali lagi memohon untuk mencabar kredibiliti saksi (Rafiq Hakim) susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya.

25 Julai 2022

Azhar mengarahkan pendakwaan menyerahkan salinan percakapan Rafiq Hakim yang dirakam SPRM kepada mahkamah untuk penelitian.

22 Ogos 2022

Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pembelaan bagi mencabar kredibiliti saksi itu.

27 September 2022

Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.

6 Oktober 2022

Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.

28 Oktober 2022

Mahkamah memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap tertuduh.

22 Februari 2023

Syed Saddiq mula membela diri atas tuduhan tersebut bersama tiga lagi individu lain.

14 Mac 2023

Selepas mendengar keterangan empat saksi, peguam Syed Saddiq memberitahu mahkamah, pihaknya menutup kes pembelaan.

11 April 2023

Pihak pembelaan dan pendakwaan selesai berhujah.

21 September 2023

Mahkamah menetapkan 9 November bagi keputusan kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×