Ada alasan kukuh untuk merayu

Ada alasan kukuh untuk merayu

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman bersama dengan para penyokongnya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan, semalam. –UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman percaya beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabit dan meng­­hukumnya atas pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Presiden Parti Ikatan De­mokratik Malaysia (Muda) itu percaya mahkamah adalah penentu dan medan terbaik untuk membersihkan namanya.

“Keputusan (hari ini) bukan mudah untuk ditelan, namun saya menerima seadanya serta menghormati keputusan mahkamah.

“Hasil perbincangan dengan pihak peguam, kami ada kes yang baik untuk difailkan kepada Mahkamah Rayuan dan menjadi penentuan terbaik kepada diri saya,’’ katanya di pekara­ngan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Terdahulu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta mengenakannya dua sebatan atas empat pertuduhan.

Syed Saddiq berkata, selaku salah seorang penggubal dasar negara (ahli Parlimen), beliau tetap meletakkan kepercayaan terhadap institusi kehakiman negara.

Beliau berkata, bagi menjadi seorang pemimpin yang mahu memajukan negara, beliau perlu menjadi ‘lebih putih daripada putih’ dan menunjukkannya kepada masyarakat.

Ditanya sama ada beliau bersedia menerima kritikan dan kecaman, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan dihadapi de­ngan hati terbuka seperti mana menerima keputusan yang di­kenakan ke atasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×