Tetap harga sekali sehari elak spekulasi rugikan penoreh - Utusan Malaysia

Tetap harga sekali sehari elak spekulasi rugikan penoreh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) mencadang­kan kerajaan menetapkan harga getah dibuat sekali sehari menggantikan sistem dua kali sehari yang diamalkan sekarang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Kameru­zaman Ab. Rahman berkata, penetapan sekali sehari mampu mengelak spekulasi harga yang merugikan pekebun.

Menurut beliau, pada masa sama ia memudahkan urus niaga penoreh serta pekebun dengan pembeli.

“PUGBM turut menyambut baik penetapan harga lantai getah dari RM2.80 kepada RM3 sekilogram dan ia sedikit sebanyak dapat membantu penoreh serta pekebun walaupun masih lagi rendah sebenarnya,” katanya ketika ditemui semalam.

Ketika ini penetapan harga getah dua sekali sehari iaitu pukul 1 petang dan 5 petang.
Selain itu, Kameruzaman berkata, pihaknya mahu kerajaan memberikan tumpuan kepada penoreh dan pengusaha kebun berbanding kepada pemilik getah.

Katanya, insentif diberikan kerajaan kepada pekebun kecil getah yang kebanyakannya sudah berusia melebihi 60 tahun dan kurang produktif dalam aktiviti pengeluaran getah.

“Oleh itu, kerajaan harus menyedarkan pemegang taruh getah bahawa mengusahakan kebun hendaklah sepenuh masa iaitu sekurang-kurang­nya lapan jam sehari.

“Jadi saya berpandangan kerajaan perlu fokus memberi bantuan dan insentif kepada kumpulan yang boleh memberi impak iaitu pengusaha dan penoreh getah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×