‘Insya-Allah 2,000 undi PH berpindah kepada BN’

‘Insya-Allah 2,000 undi PH berpindah kepada BN’

AHMAD WAFIUDDIN SHAMSURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah
WALAUPUN pernah menentang Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bekas calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, AHMAD WAFIUDDIN SHAMSURI menegaskan, perbezaan dengan parti itu sebelum ini bukan kerana berlainan akidah, sebaliknya beliau berlawan di atas siapa yang menawarkan kepemimpinan terbaik.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, JUANI MUNIR ABU BAKAR, anak jati Pelangai itu memberi penjelasan mengapa beliau kali ini bukan sahaja menyokong, malah, berkempen memenangkan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai yang berlangsung pada Sabtu ini.

 

UTUSAN: Mengapa kali ini sokong calon BN?
AHMAD WAFIUDDIN: Kalau kita terus bergaduh maka masalah tidak akan selesai ke­rana tiada kestabilan politik akan menjejaskan peluang ekonomi dan pembangunan apatah lagi Pelangai berhadapan peluang pekerjaan yang sangat rendah.

BN diyakini mampu me­ngulas tugas pembangunan Pe­langai, lebih-lebih lagi kita memerlukan seorang wakil rakyat selari dengan negeri dan Pusat.

Jika salah pilih, ia akan melemahkan kemajuan Pelangai. Jadi kita kena beri peluang kepada BN agar kekal di sini.

Yakin untuk membawa ke­luar 2,000 pengundi PH undi BN?
Setakat ini, mood pengundi PH berdasarkan tinjauan lapangan mendapati penerimaan mereka sangat baik. Ini kerana pengundi PH lebih berfikiran rasional mengapa mereka perlu pilih calon BN kerana memikirkan kestabilan itu penting.

DAP juga buka bilik gerakan dan menunjukkan penerimaan pengundi Cina sangatlah baik. Insya-Allah, berdasarkan gerak kerja, dijangka berlaku peralihan 2,000 undi PH sekali gus dapat membantu kemenangan BN pada PRK Pe­langai.

Benarkah penyokong UMNO sukar terima kerjasama BN-PH?
Itu tidak dapat dinafikan. Sebab itu, saya dapati PRK Pe­langai menjadi medan ujian perpaduan antara BN dan PH memandangkan majoriti pengundi adalah orang Melayu.

Tapi, saya yakin BN akan meyakinkan pengundi Melayu untuk sokong calon mereka, yang mungkin tidak keluar mengundi atau lebih teruk lagi mengundi PN. Bagi PH, kami berjaya meyakinkan pengundi.

Bagaimana penerimaan pe­ngundi muda dan atas pagar?
Setakat ini, pengundi atas pagar amat positif kepada BN apabila menerima tempias daripada pelbagai program dan inisiatif dianjurkan kerajaan negeri.

Malah, pengundi muda menolak politik kebencian dan perkauman, mereka mahu hu politik pembangunan dan khidmat.

Padah jika pengundi salah pilih undi PN?
Rakyat kena ingat tanggungjawab sebagai pe­ngundi, sekiranya kita pilih wakil rakyat tidak selari de­ngan kerajaan, maka, mereka akan menerima kesannya seperti mana berlaku di kawasan pembangkang lain sehingga ADUN terpaksa minta sumbangan orang ramai.

PH pernah menjadi pembangkang, apabila rakyat jumpa kita untuk minta bantuan, kita tidak boleh beri apa-apa. Tetapi, ini sebaliknya setelah kami jadi kerajaan, segala urusan bantuan dipermudahkan.

Malah, kebergantungan pe­ngundi Pelangai kepada wakil rakyat amat tinggi, setiap hari Pejabat Ahli Parlimen Bentong menerima pelbagai aduan rak­yat. Oleh itu, pengundi Pelangai kena pilih seorang ADUN daripada kerajaan agar segala aduan mereka dapat ditanga­ni dengan sege­ra. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN