Diskriminasi tempat kerja masih menebal - Utusan Malaysia

Diskriminasi tempat kerja masih menebal

Diskriminasi wanita dalam alam pekerjaan masih berlaku. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu diskriminasi jantina di tempat kerja masih meebal dan semakin lama semakin teruk di Malaysia.

Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nurul Nadirah Abu Hasan berkata, kajian oleh IPSOS Malaysia menunjukkan sebanyak 23 peratus lelaki dan 26 peratus wanita mengakui melihat contoh diskriminasi jantina di tempat kerja.

Menurut beliau, kajian sama turut menyebut sebanyak 76 peratus rakyat Malaysia percaya terdapat ketidakmerataan antara wanita dan lelaki dari segi hak sosial, politik dan ekonomi.

Bagaimanapun, kata beliau, sebanyak 68 peratus pula percaya jurang kesamarataan antara lelaki dan wanita boleh dicapai dalam hayat mereka.

“Diskriminasi antaranya menyebabkan golongan wanita tidak diberi peluang untuk dinaikan pangkat walaupun sebenarnya layak malah peluang wanita untuk mendapatkan pekerjaan juga adalah sangat tipis apabila mereka hadir ke temu duga dalam keadaan mengandung.“

“Walhal wanita adalah antara penyumbang kepada pembangunan masyrakat yang lebih progresif dan holistik,” katanya.

Kata Nurul, isu tersebut terus didebat dan pelbagai akta dilaksanakan antaranya pindaan akta 1955 yang membincangkan tentang larangan diskriminasi dalam pekerjaan dan juga membincangkan hak-hak pekerja wanita alam pekerjaan.

Selain itu, kata beliau, perkara itu akn terus belaku kerana masih kurang kesedaran dalam kalangan wanita itu sendiri, selain kecaknaan organisasi dan masyarakat tentang isu dan impak diskriminasi jantina dalam jangka masa panjang.

Sekiranya hak-hak wanita dalam pekerjaan dan kehidupan harian diberi perhatian kesannya bukan sahaja akan memberi impak positif kepada wanita sebagai seorang pekerja tetapi juga kepada masyarakat melalui peranannya sebagai pekerja, isteri dan ibu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×