2.56 juta saman pelbagai kesalahan jalan raya dalam lapan bulan

2.56 juta saman pelbagai kesalahan jalan raya dalam lapan bulan

MAT KASIM KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 2.56 juta kompaun saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lapan bulan tahun ini bermula Januari hingga 31 Ogos lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1.52 juta saman K257 iaitu secara bersemuka manakala 1.03 juta keping kompaun K170A melibatkan kesalahan-kesalahan dikesan PDRM melalui kamera atau penguatkuasaan dijalankan.

Katanya, saman tertinggi dikeluarkan membabitkan kesalahan tanda trafik iaitu 985,635 saman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antaranya memandu melebihi had laju ditetapkan, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 555,002 saman lesen dikenakan terhadap mereka yang tidak mempunyai lesen sah atau lesen yang tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 205,464 saman membabitkan kes-kes kemalangan manakala 187,120 keping kompaun terhadap kesalahan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Sebanyak 154,369 keping saman turut dikeluarkan terhadap kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Contohnya apabila kenderaan rosak, mereka (pemandu) gagal meletakkan penanda segi tiga hingga berlakunya kemalangan,” ujarnya.

Menurut Mat Kassim, pihaknya menerusi JSPT akan sentiasa melakukan penguatkuasaan dan operasi bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan ditetapkan.

“Antara saman ekor yang dilaksanakan bermula 21 Ogos lalu. Itu bagi bertujuan untuk mendidik pemandu supaya menggunakan jalan raya dengan berhemah.

“Terutamanya apabila kesalahan memandu melebihi had laju antara penyumbang utama kemalangan jalan raya di negara ini,” katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan sebanyak 116,103 saman tembak atau saman ekor dengan anggaran nilai lebih RM34 juta dikeluarkan PDRM di seluruh negara dalam operasi saman tembak laju yang bermula pada 21 Ogos lalu.

Mat Kasim dilaporkan berkata, daripada jumlah tersebut, pemandu kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 93,203 saman manakala 20,569 saman dikenakan terhadap lain-lain kenderaan antaranya pemandu kereta pacuan empat roda (4×4), van dan teksi.

Katanya, selain itu, sebanyak 1,757 saman turut dikenakan terhadap kenderaan perdagangan manakala 574 lagi dikeluarkan kepada penunggang motosikal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×