ALORA Residences, fasa pertama pelan induk 2Fifth Avenue menawarkan kehidupan berinspirasikan alam semula jadi dengan kemudahan yang direka dengan teliti dan susun atur berfungsi.
Ia terletak di atas tanah pegangan bebas di kawasan kejiranan Subang Jaya, Selangor yang sudah membangun.
Reka bentuk ini mendapat inspirasi daripada lapisan hutan hujan, dengan setiap lapisan mewakili ciri unik yang memupuk kewujudan bersama flora dan fauna yang harmoni.
Tema projek kediaman servis daripada pemaju Avaland Berhad ini dicerminkan dalam fasad pembangunan, lobi dan lantai kemudahan.
Terletak di lokasi strategik Subang Jaya, Alora Residences menyediakan akses mudah ke Puchong, Shah Alam dan kawasan Lembah Klang yang lebih luas melalui lebuh raya utama dan Laluan LRT Kelana Jaya yang boleh diakses melalui Stesen LRT USJ 21.

Kediaman ini sesuai untuk individu yang mencari tempat tinggal yang jauh daripada kesibukan bandar kerana ia mempromosikan kehidupan mampan di tengah-tengah kemudahan gaya hidup yang penting, mengangkat konsep kehidupan hijau.
Dikelilingi kejiranan yang matang dan mewah serta kesalinghubungan dalam petak pelan induk 2Fifth Avenue, terdapat persefahaman yang kukuh oleh pemaju untuk mencipta kemungkinan melangkaui sempadan unit, di mana perluasan ruang kediaman adalah sama pentingnya dengan ruang peribadi.
Justeru, projek yang dijangka siap pada 2027 ini didatangkan dengan unit tiga dan empat bilik tidur dari keluasan 923 kaki persegi hingga 1,457 kaki persegi.

Unit Jenis A atau Alder mempunyai empat bilik tidur dan dua bilik air menawarkan ruang yang luas untuk keluarga yang semakin besar dan sudah tentu memerlukan ruang yang lebih sesuai dinikmati bersama.
Untuk Jenis B atau Balsa dan Jenis C atau Cress pula dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, menawarkan ruang kediaman yang selesa untuk gaya hidup sihat.
Sebagai plot tanah terakhir di sekitarnya, pelancaran Alora dijangka mengubah latar langit Subang Jaya di mana ia akan menggalakkan penciptaan nilai untuk peningkatan modal.
Setiap jenis kemudahan yang disediakan direka dengan teliti, digabungkan dengan landskap semula jadi yang indah untuk semua lapisan masyarakat.
Ia bukan hanya tersedia dengan kemudahan biasa untuk kondominium seperti kolam renang, gim dan tempat barbeku, malah turut menerapkan kehijauan di ruangan fasiliti di tingkat 10 ini dengan ruangan botanik termasuk taman herba. – UTUSAN










