Perbincangan pimpinan Biro Politik UMNO-PKR

Perbincangan pimpinan Biro Politik UMNO-PKR

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu mesyuarat khas pimpinan Biro Politik UMNO dan PKR berlangsung semalam bagi membincangkan isu-isu berkepentingan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tujuan perbincangan itu bagi memastikan Kerajaan Madani benar-benar menyantuni dan menangani kehendak serta keperluan setiap segmen dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik.

Katanya, kedua-dua pihak sepakat untuk terus memperkasa dan memperkukuhkan agenda memartabatkan Islam dan Melayu yang berpaksikan prinsip Wasatiyyah.

“Malam ini diadakan Mesyuarat Khas Pimpinan tertinggi Biro Politik UMNO dan Keadilan (PKR).

“Pelbagai isu-isu berkepentingan rakyat dibincangkan bagi memastikan Kerajaan Madani benar-benar menyantuni dan menangani kehendak dan keperluan setiap segmen dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik.

“Kami juga sepakat untuk terus memperkasa dan memperkukuhkan agenda memartabatkan Islam dan Melayu berpaksikan prinsip Wasatiyyah, kesederhanaan, progresif, adil dan saksama kepada semua.

“Kerana itulah falsafah di sebalik konsep Madani yang berpandukan kepada suluhan Wahyu Ilahi,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Perbincangan itu telah dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Selain itu, ia juga dihadiri Timbalan Presiden kedua-dua parti, naib-naib Presiden dan ketua-ketua pergerakan sayap UMNO dan PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN