Si cilik tinggi semangat patriotik

Si cilik tinggi semangat patriotik

PENGUNJUNG bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di The Bunker Cafe, Batas Liku di Arau, Perlis sekali gus menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN/pemberita MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Meskipun baru berusia lima tahun dan lapan tahun, dua beradik mempamerkan semangat patriotisme yang tinggi apabila mengambil inisiatif mengedarkan Jalur Gemilang kepada para pelanggan di The Bunker Cafe, Batas Liku, di sini semalam.

Nur Hana Amani Hazrol Hafiz dan adiknya, Nur Hanan Qairina yang dibantu sepupu mereka, Muhammad Irfan Rizqi Izlizan,10, mengedar 100 Jalur Gemilang kepada pelanggan di kafe bapanya itu.

Keletah kanak-kanak comel yang mengedar Jalur Gemilang tersebut turut menarik perhatian para pengunjung yang kemudiannya bersama-bersama mengibar bendera serta menyanyikan lagu kemerdekaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik The Bunker Cafe, Hazrol Hafiz berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengedar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan.

Katanya, dua anaknya juga antara yang cukup bersemangat dan teruja untuk mengedar Jalur Gemilang tersebut.

“Para pelanggan dilihat bersemangat dalam bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Insya-Allah kita akan meneruskan inisiatif seperti ini pada masa-masa akan datang,” katanya.

Menurut Hazrol Hafiz, selain mengedar bendera Malaysia, dia mengambil inisiatif menghias kafenya yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu itu dengan Jalur Gemilang.

Dalam pada itu, Nur Hana Amani berkata, dia teruja dalam menyambut bulan kebangsaan pada setiap tahun dan kali ini berpeluang mengedarkan Jalur Gemilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×