Usah undi ikut sentimen, tohmahan di media sosial

Usah undi ikut sentimen, tohmahan di media sosial

MOHAMAD Hasan bersalaman dengan sebahagian anggota dan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika meninjau proses pengundian awal di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan, Seremban, semalam. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengundi mesti berupaya meneliti pihak mana yang bercakap berdasarkan fakta dan pihak mana yang sebaliknya pada waktu pilihan raya ketika ini supaya dapat membuat pilihan yang tepat semasa mengundi kelak.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, paling penting, mereka tidak terikut-ikut dan terpengaruh dengan sentimen dan tohmahan yang tersebar di media sosial.

“Saya minta mereka berikan undi dengan teliti dan tidak terikut-ikut dengan tohmahan, sentimen-sentimen yang berlambak dalam media sosial. Ini cara baharu orang berkempen melalui media sosial dan media sosial ini tiada tapisan, macam-macam tohmahan, macam-macam cerita.

“Kita sebagai rakyat mesti berupaya untuk meneliti mana betul mana yang tidak,” katanya.

Beliau yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke Pusat Pengundian Awal di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan di sini semalam.

Seramai 907 pegawai dan anggota termasuk pasangan masing-masing mengundi di tiga di pusat pengundian awal tersebut.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Rantau, Rozmal Malakan turut meninjau proses pengundian awal di situ.

Sementara itu, dalam program Ceramah Bersama Timbalan Presiden UMNO di Jempol, Mohamad berkata, UMNO tidak akan menyokong mana-mana pihak atau apa-apa perkara yang menggugat atau memberi ancaman kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Kata Timbalan Presiden UMNO itu berkata, rakyat juga tidak perlu bimbang kerana sebarang perubahan dasar di negara ini perlu mendapat kelulusan Kabinet dan UMNO adalah sebahagian daripadanya.

“Adakah orang Melayu terancam, penjawat awam berstatus kontrak yang dibuang kerja semasa lapan bulan ini? Tidak ada, jangan risau,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×