Jual rempeyek tambah wang saku

Jual rempeyek tambah wang saku

MUHAMMAD Ukasyah Arif Fadzilah menunjukkan Mr. Peyz yang dijualnya di pesisiran pantai Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kos sara hidup yang tinggi ketika ini menuntut lebih ramai mencari pendapatan tambahan dengan melakukan pekerjaan sampingan khususnya pada sebelah malam.

Bagi Muhammad Ukasyah Arif Fadzilah, 26, walaupun mempunyai pekerjaan tetap, dia berminat melakukan kerja sambilan bagi mencari wang saku tambahan.

Dia memilih menjual Mr. Peyz, iaitu rempeyek yang disaluti telur masin yang semakin popular dalam pasaran ketika ini di beberapa kawasan tumpuan seperti pesisiran pantai Pontian sehingga ke Laman Diraja Pontian pada Khamis hingga Isnin.

“Saya baru mendirikan rumah tangga pada 2 Jun lalu dan pekerjaan ini sebagai mencari pendapatan tambahan dengan peluang yang diberikan tempat saya pernah bekerja sebelum ini.

“Alhamdulillah, sambutan orang ramai terhadap rempeyek ini amat baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muhammad Ukasyah mampu menjual antara 20 hingga 45 bungkus semalam, bergantung dengan orang ramai dan cuaca pada harga RM6.90 sebungkus.

Makanan itu baru diperkenalkan di Pontian namun telah menembusi pasaran beberapa negara seperti Singapura dan Indonesia.

“Alhamdulillah sejak sebulan lalu, jualan rempeyek ini semakin meningkat dan memberikan motivasi kepada saya untuk terus berniaga walaupun penat bekerja pada waktu siang,” katanya sambil mengakui mampu memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM500 seminggu.

Pada sebelah siang, dia membantu ibunya menguruskan perniagaan kedai komputer sebagai pegawai pemasaran dengan memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×