Buat kajian tingkat hingga 400 biji padi setangkai

Buat kajian tingkat hingga 400 biji padi setangkai

Para pesawah terus tertekan apabila mendakwa harga padi makin jatuh tetapi harga benih meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyelidikan dan pembangunan (R&D) be­nih padi supaya menghasilkan 300 hingga 400 biji dalam satu tangkai adalah antara usaha yang perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan pendapatan pesawah dan keterjaminan makanan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Ma­­laysia (Pesawah), Mohd. Fu­ad Yaacob berkata, Malaysia mem­punyai tanah yang terhad yang mana banyak kawasan sawah kini dibangunkan kilang dan kawasan perumahan.

“Kerajaan perlu memainkan peranan membuat kajian memperbanyak benih padi su­paya pesawah dapat tingkatkan hasil lebih-le­bih lagi sebelum tibanya mu­sim tengkujuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bendang kini semakin me­ngecil dan berkurang. Dengan kajian dan idea ini, kami percaya hasil pengeluaran tanaman padi dapat ditingkatkan pada masa akan datang sekali gus membantu menambah pen­dapatan pesawah,” kata­nya ketika dihubungi.

Terdahulu, kerajaan dila­porkan memerlukan RM3 bi­lion bagi meningkatkan infra­struktur tanaman padi di ne­gara ini termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi menambah pendapatan pesawah dan keterjaminan makanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai program direncanakan antara Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan pena­naman padi lima musim dalam tempoh dua tahun yang sudah dilaksanakan projek rintisnya sebelum ini.

Sementara itu, menurut Mohd. Fuad berharap peningkatan infrastruktur tanaman padi disegerakan pelaksanaannya kerana mendakwa terdapat sejarah yang mana peruntukan yang diumumkan tidak sampai kepada pihak-pihak terlibat.

“Macam sebelum ini umum peruntukan tapi tidak sampai. Saya harap lepas ini sampailahperuntukan kepada pesawah dan pihak berkenaan.

“Infrastruktur sangat penting dalam pertanian lebih-lebih lagi pesawah macam kami, untuk menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan meningkat dari hari ke hari. Hasil berkurang kerana infrastruktur yang tidak mencukupi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini