‘Hero’ tragedi tanah runtuh Batang Kali sertai SAR di Air Putih - Utusan Malaysia

‘Hero’ tragedi tanah runtuh Batang Kali sertai SAR di Air Putih

Anggota bomba dan penyelamat menggunakan dua ekor anjing K9 untuk mencari baki mangsa kepala air di Jeram Mawar di Air Putih Kemaman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Empat ‘hero’ tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor dibawa menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, dekat sini sejak Isnin lalu.

Empat ekor anjing pengesan Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Frankie, Denti, Grouse dan Lady digerakkan bagi membantu mencari mangsa sejak hari pertama operasi.

Penyelia Operasi Unit Pengesan K9 JBPM, Lacey Elizabeth Stanley berkata, keempat-empat anjing tersebut ditugaskan menyertai SAR berikutan kepakaran haiwan itu mencari mangsa hidup dan mayat.

“Anjing ini sememang­nya terlatih untuk mengesan mayat di dalam air atau di darat.

“Anjing ini mempunyai deria bau yang lebih sensitif dan ia akan menyalak atau bersikap lebih agresif sekiranya mengesan objek yang disyaki manusia, sebagai isyarat penemuan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Lacey, keempat-empat anjing tersebut sebelum ini ditugaskan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada Disember tahun lalu.

Denti, anjing daripada baka Labrador dan Frenkie daripada baka English Springer Spa­niel masing-masing yang sudah enam tahun berkhidmat turut diterbangkan ke Turkiye 14 hari pada Februari lalu bagi membantu operasi khas SAR gempa bumi yang meragut kira-kira 50,000 nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×