Pekerja PKS perlu peka, laporkan jika tidak terima gaji minimum

Pekerja PKS perlu peka, laporkan jika tidak terima gaji minimum – MTUC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengingatkan kakitangan majikan kurang lima kerja terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk sentiasa peka terhadap pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang dibayar bermula bulan ini.

EFFENDY ABDUL GHANI

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden MTUC, Effendy Abdul Ghani berkata, MTUC setakat ini masih belum menerima sebarang isu berbangkit kerana bayaran gaji selari dengan perintah yang dikuatkuasakan 1 Julai lepas masih belum berlaku.

Justeru, katanya, golongan pekerja perlu tahu hak mereka dan majikan juga harus mempunyai tanggungjawab pelaksanaan tersebut kerana mereka boleh diambil tindakan dan denda oleh pihak berwajib jika gagal mematuhi perintah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini awal Ogos baru dapat tahu (jika ada isu berbangkit), jadi perlu ada kesedaran supaya pekerja tahu hak mereka.

“Kalau ada majikan cuba ambil kesempatan tidak mahu bayar atau masukkan elaun dalam gaji pokok untuk capai RM1,500, mereka boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Sumber Manusia (JTKSM) dan MTUC untuk dipanjangkan kepada pihak berwajib,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 1 Julai lepas, penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja mula berkuat kuasa selepas ditangguhkan selama enam bulan berbanding tarikh 1 Januari 2023 yang ditetapkan sebelum ini.

Pelaksanaannya membabitkan semua sektor termasuk perladangan, pertanian dan pembuatan kecuali perkhidmatan domestik dan aparentis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini