Antara populariti dan boleh buat kerja

ANALISIS: Antara populariti dan boleh buat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA di Malaysia terdapat dua jenis pemimpin iaitu memiliki populariti hebat dalam kalangan rakyat dan keduanya tidak dikenali, tetapi boleh buat kerja bersungguh-sungguh.

Perkara ini sebenarnya yang berlaku dalam UMNO hari ini apabila wujudnya pemimpin dikenali bukan sahaja dalam kalangan pengundi tetapi juga ahli, namun langsung tidak boleh buat kerja dan hanya dilihat sekadar jaguh media sosial semata-mata.

Ada pemimpin kalau sebut namanya, ramai tidak kenal tetapi sebenarnya dia boleh kerja dengan sanggup bersengkang mata menghulurkan bantuan setiap masa ketika rakyat dan ahli bawahan ditimpa musibah.

Namun pemimpin memiliki populariti dan jutaan pengikut TikTok terus mendapat tempat di hati sanubari masyarakat, apatah lagi selepas memuat naik hantaran dalam media sosial terus meraih ‘viewers’ atau jumlah tontonan tinggi. Sekali pun dibuang parti, dia masih meraih simpati masyarakat.

Bagi individu tiada kelebihan itu, meskipun bersungguh-sungguh mengangkat agenda rakyat dan perjuangan parti tetapi kerana gagal dikenali, dia akhirnya langsung tidak diberikan peluang untuk diberikan tempat sepatutnya sedangkan boleh menguntungkan parti dengan semangat dan cita-citanya.

Sebab itu, UMNO kini dilihat ketandusan pemimpin apabila hanya mengharapkan nama-nama tertentu untuk diangkat sebagai pemimpin masa depan sedangkan masih ramai individu yang wajar diketengahkan untuk tempoh akan datang.

Misalnya Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang dilihat ada potensi dan boleh digilap sebagai bakal mewarisi kepemimpinan UMNO. Sebelum menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dia tidak dikenali, tetapi setelah diberikan ruang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, beliau menunjukkan seorang pemimpin yang boleh buat kerja.

Selain Dr. Muhamad Akmal, terdapat ramai pemimpin memiliki kriteria itu, misalnya seorang lagi ADUN Melaka iaitu Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih sebagai ‘Mat’. Ramai tidak langsung beliau, tetapi selepas menunjukkan komitmen sebagai seorang ADUN Duyong, beliau dilihat sebagai orang harapan UMNO.

Begitu juga nama-nama lain dalam sayap Wanita dan Puteri, mereka tidaklah dikenali tetapi boleh buat kerja.

Golongan pemimpin boleh buat kerja sebenarnya perlu ditonjolkan UMNO dan bukannya sekadar bertempik dalam media sosial malah memiliki platform ruang bicara Podcast sehingga orang ramai teruja, tetapi gagal menterjemah ciri-ciri seorang ketua yang boleh buat kerja.

Malah sebelum ini, ada pemimpin seperti ini namun gagal menarik sokongan orang muda dan akhirnya menyebabkan UMNO tersungkur dalam dua siri pilihan raya umum (PRU).

Justeru pasca Pemilihan UMNO 2023 pada Mac lalu, UMNO perlu menonjolkan seorang pemimpin memiliki pakej boleh buat kerja dan tidak sekadar jaguh media sosial. Lantaran itu, enam PRN perlu memperbanyak calon-calon ada kriteria ‘WALI’ iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima) serta likeable (disenangi) jika mahu menang lebih banyak kerusi di samping ingin pemimpin berkualiti tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×