2,400 video seks gadis Melayu dijual di platform pemesejan

2,400 video seks gadis Melayu dijual di platform pemesejan

SEBAHAGIAN gambar wanita yang dipamerkan dalam satu kumpulan video lucah dan dijual melalui platform pemesejan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu kumpulan platform pemesejan dikesan menjual lebih 2,400 video lucah membabitkan gadis Melayu dan dilanggan lebih 1,600 orang dipercayai lelaki warganegara ini.

Wartawan Utusan Malaysia yang menyamar sebagai pelanggan satu kumpulan di platform tersebut yang menyediakan bahan lucah gadis Melayu mendapati, pengendali kumpulan aplikasi tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM40 untuk menyertainya.

Sebaik saja menghantar butiran pembayaran, pengendali akan memasukkan pelanggan ke dalam satu kumpulan pemesejan secara kekal dengan syarat tertentu supaya tidak dikenakan tindakan seperti dikeluarkan daripada kumpulan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat lebih 2,400 gadis Melayu dengan ribuan video lucah boleh ditonton oleh pelanggan dan ia dikemaskini setiap bulan oleh pengendalinya di dalam kumpulan tersebut.

Kumpulan tersebut juga memiliki lebih 1,600 pelanggan yang rata-ratanya adalah golongan lelaki di negara ini.

Taktik digunakan pengendali kumpulan tersebut juga dipercayai agak licin untuk dikesan memandangkan mereka tidak memuatnaik video lucah tersebut secara terang-terangan.

Sebaliknya, pengendalinya akan memuatnaik dokumen yang perlu dimuat turun pelanggan sebelum boleh menonton video disediakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Perunding Teknologi Maklumat (IT), Mohd. Ridzman Azzahari berkata, terdapat beberapa modus operandi yang digunakan pengendali kumpulan pemesejan tersebut untuk mendapatkan pelanggan antaranya menghantar mesej secara rawak di aplikasi tersebut selain menerusi enjin carian.

“Pengendali biasanya akan menyediakan dua kumpulan di aplikasi berkenaan. Pertama untuk digunakan sebagai platform mereka mempromosikan iaitu dengan memasukkan gambar gadis-gadis yang videonya bakal dimuatnaikkan.

“Jika pelanggan tersebut mahu menonton video tersebut, mereka perlu menghubungi pengendali secara personal sebelum diberi arahan untuk melakukan pembayaran melalui sistem dalam talian.

“Sebaik saja bukti pembayaran diberikan, pengendali akan memasukkan pelanggan ke sebuah lagi kumpulan yang biasanya menggunakan nama VIP untuk menonton video lucah gadis-gadis Melayu tanpa had,” katanya.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan adalah bagaimana pengendali kumpulan tersebut memperoleh video lucah yang kebanyakannya membabitkan gadis Melayu untuk dijadikan tontonan pelanggannya.

“Kita tidak menolak kemungkinan video tersebut dijual oleh teman lelaki wanita tersebut, dijual secara sukarela atau telefon pintar mereka digodam kumpulan tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, apa yang pasti, kebanyakan video yang ada di dalam kumpulan tersebut tidak memaparkan muka pelaku lelaki,” katanya.

Menurut beliau lagi, terdapat ratusan kumpulan yang menggunakan modus operandi sama namun kebanyakannya sudah tidak aktif selepas aplikasi tersebut mengambil tindakan menyekat kumpulan yang didapati menyebarkan atau menjual video lucah sama ada dari dalam mahu pun luar negara.

“Punca utama yang kita kenalpasti mengapa aplikasi tersebut menjadi sasaran golongan tersebut adalah disebabkan ciri keselamatannya yang memberi privacy terhadap identiti pengguna.

“Aplikasi tersebut juga menyediakan platform data tanpa had dan pengendalinya sukar untuk dikesan,” katanya.

Jelasnya, perkembangan teknologi masa kini antara penyebab utama penyebaran atau penjualan video lucah semakin mudah bahkan lelaki hidung belang di Malaysia boleh menyertai kumpulan sedemikian bahkan dari luar negara asalkan tahu bagaimana membuat transaksi pembayaran antarabangsa.

“Jika sebelum ini ‘darkweb’ adalah lubuk penjualan video lucah atau pornografi dari pelusuk dunia, namun kini ‘tugas’ tersebut diambil alih oleh aplikasi tersebut yang mampu memuatkan bahan tersebut tanpa had,” katanya.

Selain daripada itu, berdasarkan pemerhatian Utusan Malaysia juga mendapati terdapat satu lagi modus operandi yang digunakan oleh individu-individu tertentu untuk meraih keuntungan dengan menjual video lucahnya sendiri di platform berkenaan.

Isu Darkside (DS) yang dilaporkan akhbar ini juga menggunakan platform sama untuk ‘menghidangkan’ bahan lucahnya sendiri kepada pelanggan menggunakan platform sama dengan mengenakan bayaran sekitar RM80 sehingga RM120.

Mohd. Ridzman berkata, gadis-gadis DS mempunyai pelbagai modus operandi berbeza kepada pelanggan menerusi platform media sosial Twitter.

“Ada di antara mereka menawarkan khidmat seks secara langsung, ada juga yang hanya menawarkan bahan lucah seperti video dan gambar diri sendiri kepada pelanggan.

“Individu yang menawarkan video lucah mereka biasanya akan menggunakan platform berkenaan untuk memuatnaik bahan tersebut selepas menerima bayaran daripada pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×