Lebih banyak tanah runtuh berlaku jika tiada pemantauan

Lebih banyak tanah runtuh berlaku jika tiada pemantauan

TINJAUAN tanah runtuh di Akademi SPRM, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. – FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lereng bukit dan cerun di sekitar Lembah Klang berpotensi berdepan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan kediaman atau ba­ngunan tinggi ekoran wujudnya aktiviti manusia yang menyumbang kepada bencana.

Antaranya akibat paip air pecah atau longkang tersumbat yang menyebabkan ketepuan air dalam tanah tinggi sehingga mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Geologi Kejurute­raan dan Mekanik Tanah UKM, Dr.- Nor Shahidah Mohd Nazer berkata, kawasan tanah tinggi agak sukar dijangka terutama di kawasan yang telah dilitupi bahan tidak telap seperti jalan raya atau bangunan kekal, atau hutan yang menyebabkan kegagalan tanah sukar dicerap.

“Justeru, bagi kawasan-ka­wa­san sebegini, yang jelas se­kali pada lereng-lereng bukit, atau terletak di atas teren bermorfologi perbukitan rendah atau tinggi, faktor pemantauan cerun perlu dipergiat melebihi kawasan lain.

“Terutama jika ia melibatkan bangunan kediaman yang didiami manusia. Pemantauan dilihat perlu kerana wujudnya unsur anthropogenik yang berpotensi menyebabkan cerun ga­gal berbanding faktor semulajadi,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Kelmarin, seramai 76 orang terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita yang juga petugas pentadbiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) berdepan dengan kejadian tanah runtuh di pintu depan akademi milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati kejadian semalam berkemungkinan berlaku akibat dua faktor iaitu takungan air dan paip bawah tanah yang pecah malah masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian ta­nah runtuh di kawasan terbabit.

Beliau berkata, satu perbincangan sudah dilakukan pagi semalam bersama agensi-agensi terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengetahui sama ada kawasan terbabit selamat diduduki atau tidak.

Selain itu, jelas Dr. Nur Shahidah, langkah pemantauan yang diimplementasi perlu mempunyai koordinasi atau gerak kerja yang fokus terutama ketika musim hujan lebat yang mana cerun pada dasarnya berkea­da­an lemah dan berpotensi runtuh jika faktor kegagalan kritikal ber­laku.

Malah, pada masa yang sama, Dr. Nor Shahidah, tidak menolak kemungkinan pemantauan dan penyelenggaraan di kawasan ce­run di sekitar Lembah Klang per­lu dipergiat sebagai satu lang­kah pencegahan segera.

“Sebaiknya cerun-cerun yang ada di setiap kawasan di Lembah Klang perlu diperiksa, dise­lenggara dan diperkukuh untuk memastikan sebarang cirian ke­gagalan yang wujud dikenal pasti lebih awal sebelum keada­an lebih parah berlaku.

“Ini kerana pelbagai faktor boleh menyebabkan kegagalan cerun. Antaranya ketepuan air tinggi dalam tanah, kuantiti air yang tinggi seperti banjir atau keadaan luar jangka seperti paip pecah atau longkang tersumbat yang menyebabkan berlakunya takungan air di dalam tanah sebelum berlaku pergerakan tanah.

“Keadaan ini juga boleh berlaku akibat kegagalan reka bentuk kejuruteraan ataupun faktor geologi lain seperti kejadian gempa bumi.

“Bagaimanapun,kita masih perlu berjaga-jaga dengan keada­an cuaca hujan lebat yang berpotensi meningkatkan aliran air masuk ke dalam tanah dan menyebabkan lebih banyak ta­nah tepu air terhakis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×