LLM arah henti selenggara lebuh raya pada musim perayaan

LLM arah henti selenggara lebuh raya pada musim perayaan

Beberapa lebuh raya utama mula bergerak perlahan menjelang tengah hari.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong bermula kelmarin sehingga 7 Mei ini.

Menurut LLM, ia bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya sempena perayaan Aidilfitri.

Katanya, langkah itu juga diharapkan dapat meminimumkan kesan peningkatan trafik bagi kenderaan yang menggunakan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya KL- Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 yang dijangka meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan sehari.

“Selain itu, LLM juga mengarahkan syarikat konsesi mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya KL-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 bagi membantu pengguna merancang perjalanan.

“Penggunaan papan tanda elektronik (VMS) bagi memaparkan maklumat trafik serta memperingatkan pengguna bagi memastikan baki nilai Touch ‘n Go’ atau e-Dompet mencukupi sebelum memulakan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.

LLM berkata, semua syarikat konsesi juga diminta menempatkan petugas di plaza-plaza tol untuk membantu pengguna dalam memastikan kelancaran pergerakan trafik semasa inisiatif tol percuma berkuat kuasa.

Selain itu, mereka disaran memastikan semua sistem dan operasi di plaza tol berjalan lancar bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol, selain penambahan lorong tol di beberapa plaza tol yang dikenal pasti mempunyai trafik yang tinggi.

Sementara itu, LLM juga mahu memastikan syarikat konsesi menyediakan anggota Emergency Response Team (ERT) yang secukupnya bagi mempercepatkan tempoh tindakan untuk menangani sebarang insiden yang berlaku di lebuh raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN