Studio konsep dekorasi lebaran makin diminati

Studio konsep dekorasi lebaran makin diminati

PELANGGAN menggunakan khidmat studio gambar Picfavestudio yang menampilkan konsep tema minimalis hiasan dalam rumah sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Seraya, Port Dickson, Negeri Sembilan. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Trend bergambar bersama keluarga di studio menjelang lebaran semakin mendapat permintaan orang ramai.

Bagi pengusaha studio gambar Picfavestudio di sini, Muhammad Farhan Che Hassan, 36, sejak pertengahan Ramadan lalu, dia menerima 80 tempahan bergambar di studio.

Katanya, pada tahun ini, dia menampilkan dekorasi studio berkonsepkan minimalis hiasan dalaman dan ia dilihat mendapat respon positif pelanggan.

Dia yang menjalankan perniagaan itu bersama rakannya, Muhamad Taqwiim Ahmad, 32, sejak tahun 2017 berkata, setiap tahun mereka akan menukar dekorasi tema mengikut trend terkini.

“Tahun lalu kami menawarkan tema rumah kampung bagi mengimbau nostalgia lama namun pada tahun ini kami memilih konsep minimalis konsep hiasan dalam rumah. Pelanggan seolah-olah bergambar di dalam rumah sendiri.

“Harga yang kami tawarkan bermula RM90 hingga RM500. Kebanyakan pelanggan adalah di sekitar negeri ini, ada yang datang dari Kuala Pilah dan Seremban bagi mengabadikan kenangan mereka bersama pasangan dan keluarga di studio kami ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Seraya di sini.

Lulusan Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka itu berkata, orang ramai boleh merakam kenangan masing-masing dengan hanya menggunakan telefon pintar tetapi sambutan rakaman foto di studio tetap mendapat sambutan.

“Ramai yang menyedari tentang kualiti gambar dan penataan cahaya di studio serta dihasilkan oleh jurugambar nampak lebih menyerlah dan profesional,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×