Aktiviti seludup mercun ‘sunyi’ selepas penjualan ‘dihalalkan’

Aktiviti seludup mercun ‘sunyi’ selepas penjualan ‘dihalalkan’

PENIAGA menunjukkan permit menjual mercun dan bunga api di Festival Mega Raya Aidilfitri di Kangar Jaya, Perlis, semalam. - FOTO/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Aktiviti seludup mercun sepanjang Ramadan sehingga menjelangnya Aidilfitri tahun ini masih belum direkodkan selepas kerajaan menarik balik larangan penjualan dan permainan mercun dan bunga api.

Situasi tersebut berbeza dengan tahun lalu yang merekodkan tiga kes dalam tempoh bulan Ramadan sehingga Aidilfitri tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, manakala sepanjang tahun ini pula, hanya 10 kes rampasan direkodkan membabitkan lapan kes di Kangar dan dua kes lagi di Arau.

SURINA SAAD

Katanya, pengurangan kes seludup mercun dan bunga api tersebut dikenal pasti selepas kerajaan menarik balik larangan penjualan dan permainan mercun dan bunga api.

“Apabila kebenaran jual mercun bunga api dibenarkan, aktiviti seludup mercun pada Ramadan menjelang Aidilfitri tahun ini semakin berkurangan berbanding tahun lepas,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, penjualan dan permainan mercun yang diharamkan sejak tahun 1995 akan dibenarkan semula.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini dilaporkan berkata, Kabinet telah membuat keputusan untuk menarik balik larangan tersebut, bagaimanapun kerajaan akan mengawal daripada segi sumber penjual dan pengimportan produk berkenaan.

“Tak kira Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, malah Krismas sebelum ini pun orang main mercun. Semua ini yang dapat untung sindiket bawah tanah dan penyeludup,” kata Kor Ming.

Sebagai rekod, arahan larangan bermain mercun dan bunga api sebelum ini diputuskan kerajaan pada 1995 di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Sementara itu, Surina berkata, setakat ini, pihak pelesenan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis telah menerima sebanyak 23 permohonan permit menjual mercun dan bunga api tersebut dengan 17 daripada telah diluluskan.

Katanya, terdapat 45 jenis bunga api dan mercun iaitu ‘Happy Boom’ serta ‘pop-pop’ yang boleh dijual secara umum dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bunga api ‘merdeka’ atau lebih dikenali sebagai ‘Assorted Celebration Cake’ yang boleh meletus sebanyak 16,25,36,49 dan 138 das juga adalah dibenarkan dijual tetapi kena ada borang seperti lampiran A4 (permohonan kepada Ketua Polis Daerah) dan peniaga di bazar Ramadan atau pasar raya sama sekali tidak dibenarkan dijual,” katanya.

Katanya lagi, lazimnya, penjualan tersebut di premis perniagaan dan bazar Ramadan yang mana tempat penyimpanan selamat bunga api dan mercun itu perlu disahkan oleh unit persenjataan PDRM terlebih dahulu dan tapak bazar berkenaan perlu ada surat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×