Pembakaran terbuka bimbangkan Orang Asli

Pembakaran terbuka bimbangkan Orang Asli

PEMBAKARAN hutan secara terbuka di Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 200 penduduk Orang Asli di Kampung Kelaik, Pos Blau di sini bimbang apabila ada pihak dipercayai pengusaha ladang melakukan pembakaran terbuka semasa cuaca panas terik ketika ini.

Terbaharu, satu kejadian kebakaran berlaku di Jalan Gua Musang-Lojing kira-kira pukul 3 petang kelmarin, dipercayai untuk membersihkan kawasan bagi melaksanakan projek pertanian.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, kejadian itu membimbangkan penduduk Orang Asli yang tinggal berhampiran selain pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dia turut menyaksikan sendiri kejadian kebakaran tersebut ketika melalui kawasan itu untuk ke bandar Gua Musang.

“Penduduk bimbang kebakaran merebak ke kawasan yang lain kerana kini keadaan cuaca yang panas dan kering,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya tidak menerima aduan berkaitan kebakaran hutan berkenaan.

“Individu atau pekerja ladang yang melakukan aktiviti membersihkan kawasan dinasihatkan tidak membuat pembakaran terbuka meskipun di kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.

“Kebakaran itu dibimbangi tidak terkawal sehingga merebak ke kawasan lain semasa musim panas ketika ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×