BPMB raih anugerah merit khas di NEA 2022

BPMB raih anugerah merit khas di NEA 2022

NIK Nazmi Nik Ahmad (dua kanan) menyampaikan anugerah kepada Hussien Mullar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) meraih Anugerah Merit Khas untuk Pembiayaan Tenaga Mampan untuk Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) pada Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2022 baru-baru ini.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA).

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Bahagian MIND & Kelestarian BPMB, Hussien Mullar yang mewakili bank tersebut.

BPMB memacu pembiayaan projek-projek lestari menerusi rangka kerja penilaian impak milik bank yang dipanggil Rangka Kerja Mengukur Kesan kepada Pembangunan Negara (MIND) atau MIND Framework.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdul Wahab berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah yang berprestij itu dan sentiasa memberi fokus untuk menyalurkan dana modal berimpak bagi menyokong pembangunan strategik dan lestari negara.

“Dengan mengguna pakai rangka kerja MIND Framework, kami dapat mengenalpasti projek-projek yang boleh memberikan kesan positif kepada negara secara holistik, sama ada dari segi keuntungan kewangan maupun sosial dan alam sekitar.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MIND Framework dibangunkan bersama Bank Dunia berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terpilih Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai satu rangka kerja holistik yang mengukur impak aktiviti projek pembangunan bagi melengkapi proses penilaian kredit BPMB yang sedia ada.

Menerusi MIND Framework, BPMB membolehkan pelbagai projek lestari yang memberikan impak positif yang strategik kepada negara dalam sektor tenaga hijau, tenaga dan produk daripada bahan buangan, pengangkutan lestari serta industri hijau lain menerusi produk-produk pembiayaan dan skim-skim berdedikasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×