Pegawai imigresen, ejen berpakat baharui pasport?

Pegawai imigresen, ejen berpakat baharui pasport?

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dakwaan ejen mengaut untung sehingga RM40 bagi memperbaharui setiap pasport di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di KB Mall, di sini memang berlaku sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan melibatkan pegawai Imigresen.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, ejen terlibat di kiosk yang berada di luar pejabat Imigresen berkenaan mengenakan bayaran berjumlah RM239 kepada setiap pemohon bagi memudahkan mendapat pasport terlibat.

Bayaran itu melibatkan kos keseluruhan termasuk perkhidmatan mengambil gambar dan upah mengisi borang secara dalam talian untuk kerja-kerja memperbaharui ‘buku merah’ berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sedangkan amalan biasa bayaran bagi pembaharuan pasport yang ditetapkan Jabatan Imigresen (JIM) adalah sebanyak RM200 sahaja.

Pengalaman dilalui wartawan Mingguan Malaysia di UTC tersebut mengesahkan dakwaan wujudnya ejen yang menyediakan perkhidmatan membaharui pasport secara dalam talian berkenaan.

Selepas mengikuti prosedur biasa untuk memperbaharui pasport dengan mengambil nombor giliran serta beratur di kaunter JIM dan apabila tiba giliran, petugas di kaunter memaklumkan urusan tersebut perlu dilakukan secara dalam talian.

Namun ketika dimaklumkan, beliau kurang arif untuk membuat permohonan tersebut melalui aplikasi digital, wartawan terlibat diminta berurusan dengan sebuah kaunter yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar untuk tujuan permohonan pembaharuan pasport.

Akur dengan saranan itu, wartawan ke kaunter tersebut dan individu yang berada di situ memaklumkan boleh membantu mengisi borang secara dalam talian dengan dikenakan caj bayaran berjumlah RM239 untuk setiap permohonan memperbaharui pasport.

“Bayaran itu boleh dibuat kepada saya. Selepas itu saya akan mengeluarkan resit dan awak boleh mengambil pasport baharu tanpa perlu membuat lagi bayaran.

“Pasport itu boleh ambil di dalam (Kaunter JIM). Proses ini hanya mengambil masa antara satu hingga dua jam. Saya hanya mengendalikan kerja-kerja memperbaharui pasport sahaja. Kalau untuk permohonan baharu, boleh ke kaunter JIM,” kata ejen berkenaan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan keluhan seorang pemohon pasport yang menghadapi masalah memperbaharui dokumen itu ketika berurusan dengan Jabatan Imigresen di UTC Kota Bharu.

Pemohon itu yang mahu dikenali sebagai Siti mendakwa, dia dikenakan caj sehingga RM40 oleh ejen tersebut bagi mengupah mereka atau mendapatkan ‘perkhidmatan segera’ hanya untuk membantu mengisi permohonan secara dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×