Transformasi Parlimen dibincangkan Pesuruhjaya Tinggi India

Transformasi Parlimen antara dibincangkan dengan Pesuruhjaya Tinggi India

RAIS Yatim ketika menerima kunjungan B N Reddy di pejabatnya di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Transformasi Parlimen menjadi salah satu topik yang dibincangkan dalam pertemuan antara Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan juga Pesuruhjaya Tinggi India, B N Reddy.

Dalam pertemuan di bangunan Parlimen, kedua-dua tokoh tersebut turut berkongsi pendapat berhubung kerjasama kedua-dua negara itu.

Menerusi kenyataan media Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, kunjungan hormat tersebut antara lain bertujuan bertukar-tukar pandangan berkenaan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi dan diplomasi budaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbincangan turut menyentuh tentang hubungan yang boleh dimainkan India di peringkat multilateral antara India dan ASEAN.

“Dalam pertemuan tersebut, Tan Sri Rais turut menzahirkan kesediaan Parlimen Malaysia mempelajari beberapa perkara dari Lok Sabha dalam merealisasikan agenda Transformasi Parlimen, memandangkan India merupakan salah satu negara terawal melakukan transformasi tersebut.

“Untuk rekod, Malaysia dan India telah menjalin hubungan dua hala sejak 1957 dengan pembukaan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi,” jelasnya.

Hubungan Malaysia-India juga telah berkembang dan menjadi rapat pada 1960-an melalui hubungan persahabatan antara Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan Jawarhal Nehru.

Turut hadir dalam majlis kunjungan tersebut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Puan Subhashini Narayanan.

Selain itu, Rais turut menzahirkan penghargaannya kepada industri seni dan kebudayaan India yang memberi penganugerahan kepada tokoh seni mereka sewajarnya.

“Rais menyanjung tinggi seni budaya negara itu dan menghargai pengiktirafan yang diberikan kepada lagenda, penari dan koreografer tarian klasik India di Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim, dengan penganugerahan Padma Shri, satu anugerah keempat tertinggi India, semasa Anugerah Akademi Sangeet Natak pada 2018.

“Beliau berharap agar seni dan budaya India terus berkembang dan menjadi salah satu elemen perpaduan dalam meraikan kepelbagaian kaum di negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini