PM, Menteri Kewangan bermasalah jika rompak harta rakyat - PM

Parlimen: PM, Menteri Kewangan bermasalah jika rompak harta rakyat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan tidak menjadi masalah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, perkara itu akan menjadi masalah sekiranya seseorang pemimpin itu menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.

“Soalnya sama ada kedudukan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu menjadi masalah, dalam sejarah kita sama ada digabungkan atau tidak, itu bukan masalah, yang masalahnya adalah guna kedudukan rompak harta rakyat dan ini terpakai di banyak kalangan yang bersih sama ada belah sini, sana, jangan bimbang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi yang terpalit dengan rasuah, itu yang harus merasa tertekan dan bimbang, tetapi saya bertekad apa pun telahan dibuat saya akan tekad. Kerajaan Perpaduan, saya akan gunakan segala usaha mengelak dan menghalang dari segi rasuah yang berleluasa,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Radzi Jidin (Bersatu-Putrajaya) dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut tidak menolak kebenaran yang ketirisan serta peningkatan hutang negara banyak berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya lagi, perkara itu turut sama terjadi di bawah PN sewaktu di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri ke sembilan.

“Ada kebenaran menyatakan bahawa kerajaan BN dulu ada ketirisan dan kes terlibat seperti 1MDB, tetapi dalam PN juga berlaku kerosakan dan banyak juga seperti perbelanjaan  jana wibawa, isu tebatan banjir.

“Beberapa ketirisan lain dalam siasatan, ada yang tanya kenapa belum siasat, itu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa, dan ada tindakan undang-undang, itu urusan peguam negara. Kalau sabar, dalam masa terdekat ada berita baik untuk rakyat,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini