Menyaksikan keindahan musim sejuk dari gerabak keretapi - Utusan Malaysia

Menyaksikan keindahan musim sejuk dari gerabak keretapi

Eastern Express berlepas dari Ankara ke Kars.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berakhirnya musim luruh menandakan bermulanya syurga pelancongan musim sejuk di Turkiye.

Musim sejuk menyajikan pemandangan mengujakan di republik itu dengan kebanyakan landskap di kawasan bandar dan luar bandar dilitupi salji.

Selain mengunjungi pusat peranginan ski yang sememangnya sudah terkenal di negara itu, sebenarnya ada satu lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk mengisi percutian musim sejuk di negara itu.

Terbaharu, Turkiye menawarkan pengembaraan musim sejuk melalui keretapi Eastern Express yang berlepas dari ibu negara, Ankara melalui bandar, gunung dan lembah, menuju ke bandar musim sejuk di bahagian paling timur negara itu, iaitu Kars.

Kembara salji
Bermula dari tengah-tengah Anatolia dan melalui sejauh 1,310 kilometer ke bahagian paling timur Turkiye, trek ini menawarkan perjalanan dengan suasana salji yang mendamaikan.

Eastern Express melengkapkan perjalanan menarik antara Ankara dan Kars pada kira-kira 25 hingga 26 jam.

Selepas berlepas dari Ankara, kereta api melalui wilayah Kırıkkale, Kayseri, Sivas, Erzincan dan Erzurum sebelum tiba di Kars yang merupakan stesen terakhir.

Antara panorama yang disajikan di laluan nostalgia adalah penumpang boleh melihat stesen kereta api bersejarah, kepakaran tempatan dan landskap dunia lain yang menakjubkan.

Panorama indah itu dapat dinikmati dalam keadaan yang selesa memandangkan selain gerabak sofa, keretapi itu juga dilengkapi dengan gerabak makan dengan empat belas meja dan tempat duduk untuk 56 pengunjung.

Lebih menarik penumpang juga boleh membawa dapur elektrik dan cerek mereka sendiri ke dalam gerabak mengikut keselesaan sendiri.

Selain itu, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan, dua laluan kereta api berasingan disediakan iaitu Ekspres Timur dan Ekspres Timur Pelancongan.

Touristic Eastern Express yang mempunyai gerabak tidur, berhenti di 29 stesen. Keretapi berhenti selama dua setengah hingga tiga jam ke arah ketibaan dan perlepasan.

Manakala, Eastern Express yang lebih santai tidak mempunyai gerabak tidur dan berhenti di 50 stesen di laluan kereta api dengan rehat yang lebih terhad dalam perjalanan.

Perhentian terakhir unik
Destinasi terakhir di Eastern Express ialah bandar musim sejuk Kars yang menarik.

Ia merupakan salah satu penempatan tertua di Anatolia.

Dibentuk oleh pelbagai budaya sepanjang sejarah, Kars membawa pengunjung ke masa yang lain.

Bermula dari orang Urartian, tanah ini menjadi tuan rumah kepada banyak tamadun yang sebahagiannya ialah Parsi, Rom Timur, Seljuk dan Uthmaniyyah.

Antara perkara menarik terdapat di situ adalah bandar purba Ani iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pernah menjadi tuan rumah kepada penduduk berjumlah hampir 100,000 orang.

Kota purba itu dipercayai bermula 5,000 sebelum masihi.

Ia turut merupakan hadiah luar biasa yang dikurniakan oleh Kars kepada pengunjung.

Struktur dan tapak bersejarah lain di kawasan itu ialah Istana Kars yang terletak di sekitar Sungai Kars.

Pusat Ski
Pusat Ski Sarikamis antara yang menjadi tumpuan pelancongan daerah itu.

Ia terkenal dengan dengan salji kristal serbuk dan menawarkan trek ski ketinggian ketiga tertinggi di dunia.

Bandar di bahagian paling timur negara itu adalah syurga seni masakan dengan meja uniknya.

Ia sangat terkenal dengan hidangan kashar dan gruyere iaitu madu dan daging angsa yang unik dan menjanjikan pengalaman baharu buat para pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×